Rabu, 3 Julai 2013

KANGKUNG CAMERON TUMIS



Assalamualaikum..
Salam ceria.Menu tertunggak ni..semenjak demam hari tu, dapur tak berasap..tuan badan banyak landing atas sofa je..2 hari ni baru start masak2 kat dapur..Simple je ni, tapi bestnya kangkung dari cameron ni, lebih lembut dan lagi sedap dari kangkung biasa.


KANGKUNG CAMERON TUMIS
oleh:rohah

Bahan-bahan:
1 cekak kangkung cameron -potong pendek
5 tangkai cili api - tumbuk
3 ulas bawang merah- tumbuk
1/2 biji bawang holland - hiris
3 ulas bawang putih- ketuk
Belacan secukupnya-tumbuk
Sedikit ikan bilis- tumbuk
1 sudu besar sos tiram
Cili besar- hiris
Garam secukupnya
Minyak masak untuk menumis

Cara;
1.Tumiskan bahan tumbuk hingga layu.Masukkan sos tiram.Masukkan sedikit air jika perlu.Renehkan.
2.Masukkan kangkung, goreng secukupnya, taburkan cili besar dan matikan api.
3.Hidangkan.

4 ulasan:

  1. lama betul tak makan kangkung. mesti sedap tu..teringat menu alam malam tadi masak sayur cameron...murah kan...16 pack RM10.00. dah la fresh...geram jek tengok. Semoga kembali sembuh ye kak...

    BalasPadam
  2. kangkung greng belacan kak...sedap...!!.
    gini pun sdap gak....ratah je...:-)

    BalasPadam
  3. Sedap ni masak pedas2 sikit..pehh
    Take care ye kak..

    BalasPadam