Assalamualaikum...
Pagi ni tayang lauk...lauk minggu yang lepas, sebelum cuti sekolah..Menu pebret saya..kalau tiba bulan puasa entah mengapa nak makan lauk masak lemak kencur, tapi bila dah lepas waktu sahur mulalah mulut rasa kurang selesa dengan rasa cekur yang power tu..
Kalau yang sewaktu dengannya, biasanya selain ikan talapia ni, saya guna ikan keli atau ayam..memang mahu tambah nasi jadinya.Aroma buah cekur itu sendiri yang memainkan peranan besar..mungkin ada yang kurang gemar, tapi bagi saya aromanya menyumbangkan peranan yang hebat dalam masakan..
TALAPIA MASAK LEMAK KENCUR
Oleh: rohah
Bahan-bahan:
8 ekor ikan talapia saiz sederhana-goreng lembap
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
5 bibi cili padi merah*
5 biji cili padi hijau*
6 cm buah/ biji cekur*
1 cm halia*
2 cm kunyit hidup*
3 cm belacan*-tumbuk bhn bertanda (*)
Daun cekur secukupnya- hiris halus
200 ml santan kotak
3 cawan air
Sedikit air asam jawa
Garam secukupnya
Sedikit gula
Minyak masak untuk menumis
Cara:
1.Lumurkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit, goreng lembap dan toskan.
2.Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi, masukkan air dan santan kotak.Biarkan mesra.
3.Masukkan ikan talapia dan hirisan daun cekur.Renehkan sehingga kuah meresap.Perisakan dengan garam dan gula.
salam
BalasPadammasak apa2 pun letak cekur mmg sedap rasanye...
tengok akak sebut cekur..zila rasa macam nak mkn pecal plak berbuka nanti..tp nk cari mana ye..sedap lauk akak rohah ni..
BalasPadamassalam..telan air liur tengok masakan kak rohah pagi ni.suka betul bau cekur bila masak lemak.Tapi hubby tak suka, jadi merimbum pokok cekur belakang rumah takde orang guna..kekeke
BalasPadamSalam rohah... Tgok masak lemak tu sedapnyer... Mori belum pernah masak lemak guna cekur... Walhal kat belakang umah ada tanam cekur... Jiran jer yg rajin amik utk buat nasi kerabu..
BalasPadamwallaaa enak temen mambuney kencur... enak banget iki dipangan karo sego panas!
BalasPadamcekur ada buah ke kak?? ke akk guna daun dia? pokok cekur tun baru je nk lebat sket daun dia... tp tun xpenah masak guna daun cekur, xtau apa rasa pun. nnti blh la try.
BalasPadambiji cekur Tun..senang kata ubinya yg dalam tanah..nak tahu bijinya dah berisi ke belum, lihat sahaja pada daunnya yang kering menguning di tepian/ sekeliling daun tersebut.. tp kadang2 buahnya tak gemuk..tgk pada tanah juga ...
BalasPadamBaru semalam masak lemak gak..tapi xde campur cekur ni...kalau kami kat swak panggil cekur kak..buat ulam pun sedap..lama nya dh x makan.
BalasPadamDah sedap tengok tayangan tu Rohah tapi akak n en suami tak mkn cekur tu.. boleh ke kalau tak letak cekur tu rohah :)
BalasPadamAslmkum Rohah
BalasPadamkalau masak lemak kuning ikan mmg favorit tp belum pernah campur dg cekur. sayur cekurpun dah lama tak mkn...last masa lepas bersalinkan Syakirah...sbb di Brunei dulu senang nak dpt...adaorg jual.
Assallamualaikum Rohah..
BalasPadamSedapnya talapiaaa...suka buat goreng berlada..
Akk suka msk cmne.tp somi n ank kurg suka..klu buat akk sorg jew yg mkn..tp mmg sdp kn..
BalasPadamfavourite akak masakan ni tapi tak pernah masak pun, selalu makan di kedai jer. Kalau jumpa lauk ni memang tak pandai lain dah, hehe
BalasPadamWowwww sangat sedap kannn !
BalasPadamBaru tadi Annis masak, makan sampai menjilat jari
Best giller
Hihihik
Saya nak ty ckit bleh? Kalu kita x tumis bahan2 spt bawang, cili dan lain2, agak2 rase dia mcmne? Mohon pendapat semua..
BalasPadam