Sabtu, 4 Mei 2013

INILAH HASILNYA...

Hasil Februari: Sampai merekah di pokok
Assalamualaikum..
Alhamdulillah 3 bulan berturut-turut dapat kami menikmati hasil tanaman pokok pisang yang bermula pertengahan tahun lepas.Pokok2 pisang yang telah membuahkan hasil ni kami tanam di tanah rizab berhampiran kawasan perumahan je.Tak sangka pokok2 ni berbuah dengan cepat.Mungkin dek tanah yang subur sebab ketika proses menanam dilakukan, kelihatan banyak cacing yang terungkai ketika kami mencangkul tanah di situ.Buahnya gemuk2 walhal kami tak pernah bubuh sebutir baja pun.
Hasil Februari


Hasil Februari
Apa yang ada ni ialah 2 Jenis pisang  iaitu pisang Awak Lekuk (yang ada biji di dalamnya) dan Pisang Tanduk hasil kutipan anak pokok pisang dari kg bonda saya.Seawal bulan Mei 2012 kami tanam anak2 pokok tersebut, bulan Oktober 2012 pisang2 tersebut telah mula berputik mengeluarkan buah.Alhamdulillah pada Februari, Mac dan April 2013 silih berganti kami dapat nikmati hasilnya.Mentelahan ada sahaja projek kat dapur yang berasakan pisang yang telah dilakukan.Buat Goreng Pisang, Masak Lemak, Cekodok, Lepat, Bingka, Pancake...dan .....dan yang terbaru ialah Kerepek Pisang...dah pun saya buat.
Hasil Februari

Hasil Februari

Untuk tandan2 yang ada semua ni kalau harapkan kami makan sekeluarga memang berlebih2.Saya ambik beberapa sikat sahaja untuk setiap tandan yang ada.Selebihnya pas kat jiran2.Kebelakangan ni penyakit pisang sudah mula menyerang hasil tanaman orang kampung khabarnya, jadi memang dah tak banyak orang kampung menghasilkan sumber berasakan pisang akibat kerosakan buah pisang yang mereka hadapi.Tapi alhamdulillah pokok2 pisang yang sedia ada kami tanam di sini tidak mengalami penyakit.Nama penyakit yang menyerang pisang2 tu saya tak pasti, kalau menggoggle mungkin dapat tahu juga kot..(malas nak research buat masa ni...ha haaa...).
Hasil Mac

Hasil Mac

Projek latest malam semalam saya....iaitu buat Kerepek Pisang Tanduk.Larat buat 4 sisir je, tapi hasilnya dapat 1 tin biskut dan 2 balang kat bawah tu...Laju je ngunyah2 sambil berlappy dan menonton..he..heee..Time menggoreng kerepek pun laju je ngunyah2..Apa cerita tu???..haaa...Si Kecik saya pun dok ulang alik dari dapur ke ruang tamu..Nak lagi dan lagii..memang sedap kan makan kerepek2 macam ni...
Hasil April

Hasil April

Kruk krak..krak...

Kruk krak..krak...

Terkini, ada Pisang Awak yang sedang menunggu hari untuk ditebang, sepokok lagi sudah mengeluarkan jantung dan berputik, dan pokok Pisang Tanduk pula sudah mula membesar.Ada rezeki, kita cerita lagi pasal pisang erkkk...jangan jemu ye...he..hee..


"SELAMAT MENGUNDI"

16 ulasan:

  1. seronoknya dpt mkn hasil tuaian sendri kn..

    BalasPadam
  2. kalau duduk sebelah rumah bolehlah bundo merasa agak sesisir kan? hii..

    BalasPadam
  3. Enak banget pisang tanduk.. digawe kerepek enak, dipenget pun enak! Nandur meneh seng akeh-akeh yo Rohah...

    BalasPadam
  4. salam..

    memang best dapat tuai hasil sendiri kan..

    BalasPadam
  5. seronoknya tuai hasil tanaman sendiri. Mel pun baru buat kerepek pisang.Alhamdulillah rezeki jiran2 kak rohah dapat merasa sekali.

    BalasPadam
  6. Apakata bagitau akak rumah Rohah kat mana... boleh le akak buat buat sesat. Untung untung dapat makan kerepek pisang free...

    BalasPadam
  7. Ya Allah best nye kak..aduh zila cukup suka pisang tanduk ni..kalau goreng dia masam manis..buat kepek lemak je gitu..

    BalasPadam
  8. suka makan pisang goreng tanduk, eh di buat keripik pisang pun suka.. lempar sini sikit kripik pisang nya..hehe

    BalasPadam
  9. Kita beri usaha Allah balas rezeki. Bestnya...pisang tanduk goreng. Pergh..saya suka tul makanan yg berasaskan pisang ni..pe kata tin sekuk dgn isinya tu rohah pas kt saya..tgn yg memberi lebih mulia dr yg menerima...kan? Heeee

    BalasPadam
  10. seronoknya rohah ye dpt berbudi pada tanah.. hasilnya kita kongsi sama2 dgn jiran tetangga..

    masa akak blk kg jenguk mak yg masuk hospital tu.. sempat juga tebang 2 tandan pisang.. pisang raja & pisang berangan.. dptlah berbagi2 adik beradik sbb semua blk.. yg dibawa balik pun dpt juga akak bg2 pd nak saudara & pengasuh anak kat sini... dpt jugalah buat beberapa juadah dgn pisang yg dah msk tu...

    yg best... suami sempat juga cungkil semua anak2 pisang yg ada & tanam semuanya di tempat lain sbb anak2 pisang tu dah mula nak merebak ke tanah jiran.. hehe.. maklumlah dah beranak pinak.. mmg dah byk kali dpt mkn hasilnya.. jiran pun sama dpt merasa... harap2 nnt adalah rezeki kami bila pisang berbuah nnt... setakat ni.. belum pernah lg tanam pisang tanduk tu... seronokkan rohah bila tgk hasilnya yg lumayan tu...

    BalasPadam
  11. sejuknya tangan rohah...dpt berbudi kpd tanah..dpt juga merasa kan! kalo sy mmg pendek umur la pokok tu..tanam apa pon tak mau jadi...panasss

    BalasPadam
  12. Waaa...maknanya bole mintak pisang satu tandan la ni...hikhik...

    BalasPadam
  13. Berbudi pada tanah ..inilh hasilnye kn..untung..mesti byk dpt kerek tukn

    BalasPadam
  14. as-salam kak .sukanya akak berkebun.. saya ni kena merajinkan diri untuk berkebun jugak hihi.. best bila dapat rasa hasil tuaian sendiri

    BalasPadam
  15. bestnyerrr!!!!!! kawasan rumah tun tun tanah bukit, xberapa nk hidup kalau tanam pokok.. blh tanam dlm pasu je.

    BalasPadam
  16. bestnya dpt mkn hasil tanaman sdri..berbaloi...

    BalasPadam