Isnin, 27 Mei 2013

CEKODOK PISANG LEMBUT


Assalamualaikum..
Apa khabar semua, semoga dalam keadaan sihat dan tenang selalu.Selamat menjalani tugas harian dengan penuh keceriaan.


Menu kuih muih tradisi je hari ni, siapa yang tak kenal dengan cekodok pisang kan..Sedap dibuat sarapan.Cekodok pisang ni lembut sangat sebab saya adun dengan tepung naik sendiri...tak perlu bubuh soda bikarbonat, tetap cantik gelembung, gebu lagi strukturnya.Mentelahan pisang awak banyak tempohari, so memang sedap dibuat cekodok.

CEKODOK PISANG LEMBUT
Oleh:rohah

Bahan-bahan:
10 biji pisang awak - lecek
2 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil garam

Cara:
1.Lenyekkan pisang.Masukkan gula dan garam.Sebatikan.
2.Masukkan tepung dan gaul rata.
3.Panaskan minyak dengan api sederhana besar.Jemputkan dengan tangan mengikut saiz yang disukai.
4.Setelah kekuningan dan masak, angkat dan toskan.
5.Ulangi step menggoreng sehingga adunan habis.Pastikan minyak dibiarkan panas anggaran 1 minit setiap kali mengulangi proses menggoreng seterusnya.

16 ulasan:

  1. buat menu minum petang sedap ni...
    pekena dgn kopi O...

    BalasPadam
  2. semalam dok umah.. mmg teringat2 nak buat cokodok pisang.. tapi takde pisang pun kat umah.. so dok umah buat cokodok manis je...

    BalasPadam
  3. Aslmkum Roha
    sedap jemput pisang buat minum ptg....anak2pun suka...kejap je licin...
    crepe choc keju kat bawahpun nampak sedapp...

    BalasPadam
  4. salam kak rohah.. tun mmg peminat tegar cekodok pisang ^^ mmg kalau buat sekali hadap je habis.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. as-salam
    sedapnye petang2 dapat mkn ceko dok pisang..

    BalasPadam
  7. Rohah? 10 sisir? Ah bener nih! Pape pong...cekodoks forevers....

    BalasPadam
  8. assalam
    akak suka cekodok lembut gebus gini
    memang kalu buat habis je laku kat rumah akak ni

    BalasPadam
  9. Aha ha...kak chah, dah edit kat sisir atas tu, tukar ke 'biji'..; belajar BM tak tos..kehkeh

    BalasPadam
  10. Memang sedap i digandingkan dengan teh O panas...perghhh

    BalasPadam
  11. Cantik bulat cekodok tu.... Mori jarang dpt buat bulat cm tu hehehe

    BalasPadam
  12. Enak temen kayaney jumput pisangey kuwi.... iso entek sepereng kiye angger dipangan karo wedang panas...

    BalasPadam
  13. sedap..akk pun suka nie..wt minum ptg mmg sesuai..

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum Kak.>Wahhh memang lembut gebusssss cekodok akak ni..Bila tengok keratan rentas dia...walllaaaaahhhhhhhh

    BalasPadam
  15. aduhaiii sukanya..tp klau mkn cekodok pisang ni QH suka cicah ngn sambal kicap..perghhh meletoppp..hihi

    BalasPadam
  16. Cuba jgn x cuba..resepi yg mudah , hasilnya Sedap😊..TQVM for sharing.. semoga Allah dpat membalas

    BalasPadam