Khamis, 30 Mei 2013

BINGKA PISANG GULA MERAH


Assalamualaikum..
Salam ceria dan salam bahagia buat semua..Diam-diam dah masuk hari keenam bercuti sekolah anak2.Apa yang ummi dah buat cuti sekolah ni ye..Biasanya kalau dah tahu nak cuti, saya mula menge'set' minda nak buat itu dan ini kat rumah..tapi macam biasa, ada yang terbuat, ada yang tak...Last2 bila dah habis cuti, makanya rutin pun bermula macam biasa..Time tu baru 'terasa' begitu berharganya masa yang ada jika digunakan dengan cara yang betul..




Bingka Pisang Gula Merah untuk siaran hari ni.2 minggu yang lalu bingka ni dioperasi...dah tammat kiranya.Resepi yang ni saya guna gula merah, lagi sedap rasanya, terasa lemak2 camtu.Peminat tegarnya ialah cik abang nan sorang..pun dah request lagi supaya buat bingka pisang.InsyaAllah lah tu, kalau tukang masak tak ngelat2...hehee..

BINGKA PISANG GULA MERAH
Oleh: rohah

Bahan-bahan:
10 biji pisang awak*
1 cawan santan* 
1 biji telur*
1/2 cawan gula merah*
1/2 sudu kecil garam* | kisar bersama bahan bertanda (*)
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan minyak masak
Bijan untuk ditabur

Cara:
1.Satukan pisang, santan, gula merah, telur dan garam dalam blender.Kisar.
2.Tuang bahan yang dikisar dalam satu bekas, gaulkannya dengan tepung gandum, tepung beras dan minyak masak.Kacau sebati.
3.Sedikan loyang berukuran 7'' atau 8'', griskan dengan sedikit minyak masak.Masukkan adunan ke dalamnya, taburkan bijan dan bakar dalam oven selama 1 jam dengan suhu 180 darjah celcius.
4.Potong dan hidangkan.

17 ulasan:

  1. Assalmualaikum..wahhh menarik tu..sdp ni bingka pisang letak gula merah...npk dlm nye lembut luarnye garing...suka2....boleh lah buat utk minum ptg nnt...npknye kena cari pisang lah hee tq resepi :-)

    BalasPadam
  2. wah ni best jgk..nampak lembap bingka nye tu...lapar zila, kak rohah

    BalasPadam
  3. Seronok memasak kalau ada yang menghabiskannya. Hilang segala penat lelah.

    BalasPadam
  4. Tengok bingka tu sedapnyer.....

    BalasPadam
  5. assalam Rohah
    tak penah wat bingka pisang lg
    nampak sedaplah
    kalu ada pisang blh cuba ni

    BalasPadam
  6. Nyummmm sedapnya lama tak mkn bingka

    BalasPadam
  7. serius nampak sedap sangat... saya amik resepi ye..

    BalasPadam
  8. apa2 menu yg berkaitan dngn pisang mmng sedap...mintak sepotong....sedap tu..

    BalasPadam
  9. Haiya..! bingka pisang buat gua terlior maaaa....

    BalasPadam
  10. Dahsyat betul bingka pisang ni ye kak rohah....hehehe...nak satu potong la

    BalasPadam
  11. salam rohah, sudah seminggu kak ruby tak buka kayumaniskorner, buka2 ada bingka pisang yg diposkan dr damai qalbu....sdp nyer, rasa mcm nak ambik satu...mesti sdp kan.....

    BalasPadam
  12. salam..

    cantik la kejadian bingka pisang tu..dan warna pun cantik..mesti sedap ni..

    BalasPadam
  13. as-salam
    mmg npk sedap dan moist bingka pisang tu..

    BalasPadam
  14. akak pun suka bingka pisang rohah... sedap betul nampaknya tu...

    BalasPadam
  15. tgk aje dh tau mesti sedap bingka pisang tu..aduyaiii..

    BalasPadam