Jumaat, 12 April 2013

CREAM PUFF

Assalamualaikum..
Salam Jumaat, penghulu bagi segala hari.Bagai mahu lagi mengunyah cream puff, tapinya seakan malas nak membuat masakan ulangan..Menu ni dah seminggu berlalu. 

Tq untuk Mamaleza dan sumber2 terdahulu atas sumber resepinya walaupun saya rasa beliau (Mamaleza) sudah tidak aktif berblogging kini.Lembut cream puff ni, alhamdulillah habis dengan pantasnya.

CREAM PUFF
Kiriman:Jeni
Sumber:Mamaleza , Umi Imah

Bahan-bahan:
Pastry:
250 ml air
125 gm butter
150 gm tepung | diayak
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh gula
4 biji telur

Cara membuatnya:
1.Didihkan air dan butter hingga cair.Kemudian masukkan tepung yang diayak.
2.Gaul sebati hingga adunan tidak melekat di periuk.
3.Angkat dan sejukkan.
4.Bila sejuk pukul sedikit dan masukkan telur sebiji-sebiji hingga sebati..
5.Masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas loyang yang telah disapu sedikit planta.
6.Bakar 25 minit dengan suhu 200 darjah celcius atau sehingga kekuningan.

Custard Filling:
500 ml susu segar
100 gm gula
80 gm tepung custard

Cara membuatnya:
Hangatkan susu dan gula atas api sederhana.Masukkan tepung kastard dan kacau hingga pekat.



15 ulasan:

  1. Assalam kak.wah rmai pakat tayang cream puff,hehhe..Mggu c/p nih..Tapi cream puff mmg sdp..sy mggu lps wat,mggu nih wat lagi..

    BalasPadam
  2. oven sy hampir berhabuk kak....alahai....rindunya nak membaking.....:-(

    BalasPadam
  3. wahh..
    sdp ni..
    mai la 2 3 ketoi nk rasa...
    hehehee...

    BalasPadam
  4. wahh..
    sdp ni..
    mai la 2 3 ketoi nk rasa...
    hehehee...

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  6. Salam kak rohah.. musim cream puff kot skrg ye.. bertubi2 n3 cream puff, kat FB pon byk gambo cream puff.. hihi.. tun sekali hadap sepinggan pon habis nih.

    BalasPadam
  7. Wah2 da cream puff..bila lh nk buat..teringin gak nk buat sendri..mood m suda mari ni...hehheh

    BalasPadam
  8. Dah lama nak cuba buat cream puff ni... kak Rohah juga yg rajin ;-)

    BalasPadam
  9. mak aiii gebunya puff nie tapi malangnya dah habis....hu...hu....
    nanti nak try laa buat resepi ni bila datang ribut rajin......

    BalasPadam
  10. cantik gebu..krim paf dia...tringat kenangan ms mula2 buat dulu..dok dlm oven kembang..bila keluokan..teruih kempih!! lepas tu bertaun2 ai merajuk..baru2 ni je buat balik...heheheh

    BalasPadam
  11. assalam Rohah
    sedapkan makan cream puff berkastad ni
    nak lg lembut
    kat rumah akak pun anak2 suker makan

    BalasPadam
  12. salam Rohah..sedapnyer.. dah lama teringin nk buat..

    BalasPadam
  13. Kok ayu temen cream puff nya tu... aku aje yang tertinggal keretapi ye Rohah, sakel banget!

    BalasPadam
  14. mantap bener, sangat mengundang selera. Boleh juga dicoba nih resepnya....mantap!!!

    BalasPadam
  15. Gebu nye kak..😋😋

    BalasPadam