Selasa, 23 April 2013

AYAM SAMBAL DAUN KARI

Assalamualaikum..
Kembali bersiaran alhamdulillah.Mudah-mudahan sahabat2 maya dianugerahi  kesihatan yang baik dan sentiasa di rahmati Allah.Mendung sarat petang ni walaupun hujan telah turun tengahari tadi.

Keluar N3 AYAM SAMBAL DAUN KARI hari ni iaitu resepi  minggu lepas..Macam biasa, daun kari tu mengeluarkan aroma yang harum, bila dipadankan dengan sambal ayam ni, memang bertambah positif aromanya..Resepinya ringkas je, bolehlah dirujuk di bawah.
AYAM SAMBAL DAUN KARI                
Oleh:Rohah

Bahan-bahan:
1 kg ayam | potong, digaram kunyitkan & goreng separuh masak
1 labu bawang besar | hiris
2 labu bawang besar | kisar
4 ulas bawang putih | kisar
2 cm halia  kisar
6 tangkai cili merah besar | kisar
5 tangkai cili padi hijau | kisar
5 tangkai daun kari
Pati asam jawa
Sedikit air
Garam
Gula
Minyak masak

Cara-cara:
1.Gorengkan ayam separuh masak.Ketepikan.
2.Tumiskan hirisan bawang besar, daun kari.Kacau hingga beraroma.
3.Masukkan bahan-bahan kisar, kacau hingga naik minyak.Curahkan sedikit air bersama pati asam jawa dan gula.Renehkan.
4.Masukkan ayam, gaul rata.Boleh tambah garam sekiranya perlu.Biarkan kuah menjadi sedikit pekat dan ayam bertambah masak.
5.Matikan api.

10 ulasan:

  1. Sungguh menggoda masakan kak Rohah ni.. yummy

    BalasPadam
  2. Salam kak rohah.. tun mmg suka ayam sambal. xkira la msk macam mana pun.. ni letak daun kari lg sedap bau dia nih

    BalasPadam
  3. sedapnya tengok sambal ayam tu....

    BalasPadam
  4. tak pernah lg msk sambal ayam letak daun kari,lain kali nk try jugak...

    BalasPadam
  5. sedapnya rohah! kalau lauk bersambal mcm ni memang lajulah akak mkn nasi.. hehe.. copy resepi dulu yek! TQ rohah

    BalasPadam
  6. salam
    sedapnye..mkn dgn roti perancis pun sedap ni..

    BalasPadam