Isnin, 1 April 2013

ASAM PEDAS IKAN SEMBILANG


Assalamualaikum..
Kembali bersiaran.Musim persekolahan sudah bermula semula, bermula jugalah tugas yang agak berjadual bagi para suri rumah seperti saya.


Asam pedas ikan sembilang ni merupakan menu 2 minggu yang lepas (macam biasa).Hanya menggunakan 2 ekor sembilang tetapi beratnya mencecah 1kg lebih, saiznya agak besar dan terkejut juga bila saya ternampak saiz telurnya yang begitu besar, memang puas kami jamah..Telurnya tu pun saya kuahkan dengan kuah asam pedasyang sama, cuma reneh dan asingkan dalam periuk lain sebab jika bercampur, kuah menjadi terlalu pekat..


ASAM PEDAS IKAN SEMBILANG
oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
1 kilo ikan sembilang
5 ulas bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
Sedikit belacan | kisar
30 gm cili kering | buang biji, rebus, kisar
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
3 inci halia | ketuk
2 tangkai serai | ketuk
Daun kesum secukupnya
4 sudu besar jintan putih serbuk (jintan halus) 
Air secukupnya
Air bancuhan asam jawa secukupnya
Garam
Sedikit gula
Minyakuntuk menumis

Cara:
1.Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar, halia, serai, serbuk kunyit dan serbuk jintan putih hingga naik minyak.
2.Masukkan air, biarkan mereneh sekejap.
3.Masukkan ikan, daun kesum dan teruskan memasak hingga mendidih, sesekali dikacau.
4.Apabila hampir masak, masukkan air bancuhan asam jawa, perisakan dengan garam dan sedikit gula.Sebatikan dan biarkan seketika.
5.Matikan api dan hidangkan.

10 ulasan:

  1. Uisshh.. Ngences akk ni yang.. Simpan sikit.. Japp.. Akk dtg niii.. :b

    BalasPadam
  2. kak ruby minat skali kat telur tu, mesti sdp punya........

    BalasPadam
  3. sedapnya asam pedas, tapi tak letak daun kesom ye

    BalasPadam
  4. tq Tina bg tahu,tertinggal nak tulis kat bahan2nya tu...akak mmg letak daun kesum tu..

    BalasPadam
  5. wahhh!!! @@ kagum tun tengok telur ikan tu.

    BalasPadam
  6. wowww sedapnya..
    Adda suka sangat asam pedas..

    BalasPadam
  7. bak telur tu sikit Rohah nak rasa mmg sedap tu adoiii terliurrrrrrrr lah

    BalasPadam
  8. tengok rohah punya asam pedas ada telur ikan... terliur

    BalasPadam
  9. Pastinya enak dan menyelerakan....

    BalasPadam
  10. sedapnye
    favourite sya nie
    nak2 telur dia
    sgt rare
    hehehe susah nak jumpe ;)

    BalasPadam