Assalamualaikum..
Selamat sore dan menyantap hidangan minum petang.Semoga rakan2 yang dikasihi dalam keadaan yang baik2 selalu walaupun seharian cuaca dinihari tampak mendung sejak awal pagi lagi.Namun titisan air hujan belum lagi kelihatan membasahi bumi.. Sungguh teliti perancangan Allah...
Hari ni tayang RISOLES lagi..Sedap punya pasal...Tapi kesian kat Si Cilik saya, setiap kali buat risoles ni, dia sorang saje tak mau makan sebab dia tak suka ngan intinya..Lain kali ummi kena bagi crepenya sahaja..pastinya dia nak dan tak menolak...Sebelum ni pernah buat dan tayang risoles yang resepinya lebih kurang sama dengan resepi hari ni, cuma bezanya ada penambahan sedikit bahan pada intinya.Boleh dipelbagaikan intinya lain kali.Kalau nak lebih lunak enak (he..heheee...) tambahkan parutan keju...pasti tak cukup satu gulung risoles u all cekau, pasti lebih dari segulung..haa....
Jom jengah resepi...
RISOLES RAGOUT AYAM
Resepi:majalah AROMA
Bahan-bahan:
150gm tepung gandum
1 biji telur
1 biji kuning telur
1/4 sudu teh garam
350ml susu cair
1 sudu makan marjerin cair
Minyak untuk menggoreng
Bahan inti:
1 1/2 sudu makan merjerin untuk menumis
1/2 labu bawang besar | cincang halus
3 sudu makan tepung gandum
400ml susu cair
50gm ayam siat | rebus dahulu
50gm cendawan butang tin | hiris halus (saya guna cendawan shitake segar, rebus dan cincang)
50gm lobak merah | potong dadu kecil dan rebus
1 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh serbuk pala
1/2 sudu teh gula pasir
1/2 sudu makan daun sup | cincang halus
Bahan pencelup:
100gm putih telur | pukul ringan
Bahan pelapis:
125gm serbuk roti halus putih
Cara menyediakan:
1.Kulit:kacau rata tepung gandum, telur, garam, susu cair dan marjerin cair.
2.Buat dadar di kuali rata kecil berdiameter 12cm.Lakukan sehingga semua adunan habis.Ketepikan.
3.Inti:Panaskan marjerin.Masukkan bawang besar.Tumis sehingga terbit aroma.Masukkan tepung gandum.Kacau sehingga bergumpal.
4.Masukkan susu cair sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga licin.Masukkan ayam, cendawan, lobak merah, garam, serbuk lada sulah, serbuk pala dan gula pasir.Kacau rata.Masukkan daun sup.Kacau rata.
5.Ambil sekeping kulit.Masukkan inti.Lipat.
6.Celupkan ke dalam putih telur.Gulingkan di atas serbuk roti.
7.Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan di atas api sederhana sehingga kekuningan.
salam rohah. bundo memang peminat tegar resoles. Tak kesah inti apa tapi mesti makan dengan gigit gigit cili api...
BalasPadamNmpk sedap jee kak
BalasPadamsedapnya...utk bfast pon sesuai jugakkn kak..
BalasPadamSalam rohah.Yang memang nampak sedap.Boleh buat sarapan atau bruch kan?
BalasPadamNgences rasaney aku ndelok isinya tu Rohah! Pingin nggawe angger penak...
BalasPadam