Selasa, 15 Januari 2013

IKAN BAKAR PORTUGIS


Assalamualiukum..
Selamat tengahari dan selamat menjamu selera.Dah lama tak panggang ikan, tapi menu ni adalah menu minggu2 yang lepas tau, bukan menu untuk hari ni.Banyak sudah menu yang tertangguh untuk disiarkan.Tunggu dan lihat sajalah resepi apa yang akan menyusul dan terus menyusul ye.. 

Ikan Bakar Portugis ni memang sedap sangat, lebih2 lagi kalau bumbunya banyak menyelaputi ikan yang nak dipanggang tu.. Masa memanggang ni saya guna 2 ekor cencaru yang bersaiz besar, sepatutnya saya gandakan lagi sikit bahan bumbunya tu biar puas makan, tapi sebab nak cepat mengolah saya buat ikut sukatan yang asal je.TQ Ogy kerana sudi share resepi.Tak rugi mencuba resepi ni.. Boleh lihat resepi terussss ye..

IKAN BAKAR PORTUGIS
Sumber:Ogy (IKAN BAKAR CARA PORTUGIS)

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap (saya gantikan dgn 2 ekor cencaru saiz besar)
3 sudu besar cili kisar
2 biji buah keras
6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 batang serai
Sedikit lengkuas
3 helai daun limau purut | hiris halus2
3 sudu minyak bawang putih
1 sudu besar garam halus
1 sudu besar gula
Aluminium foil

Cara:
1.Minyak bawang putih:Ambil 6 biji bawang putih dan basuh.Jangan buang kulit.Tumbuk.Panaskan 1/2 cawan minyak.Tumiskan bawang putih sehingga garing.Sejukkan.
2.Bersihkan ikan dan kelar-kelarkan ikan tersebut.
3.Kisarkan bawang putih, bawang merah, buah keras, serai, lengkuas dan cili kisar.
4.Gaulkan **bahan kisar dengan garam dan gula.
5.Letakkan ikan atas foil dan sapukan dengan bahan bertanda (**).Sapu rata.
6.Tuangkan minyak bawang putih dan tabur daun limau purut.
7.Lipatkan foil.
8.Boleh bakar dalam oven, atas api cara BBQ atau atas kuali capati (kuali leper).




8 ulasan:

  1. wangi nya ikan bakar ni sampaii kt umah kak noor ni Rohah minta sikit..

    BalasPadam
  2. walla wei...ini mesti bau satu rumah ni ngan bawang putih...menarik..boleh cuba

    BalasPadam
  3. dah terasa-rasa enaknya ikan cencaru bakar portugis kat tekak akak ni Rohah ;-)))))

    BalasPadam
  4. rohah family akk mmg suka mkn ikn bakar..nnt akk nk try resepi nie..klu mkn ikn bakar mmg brtambah2 la nasi:)

    BalasPadam
  5. Cencari ikan favourite ni Rohah.... bakar memang sedap, lagilah kalau dah berbumbu2 tu..tambah2lah sedapnya!

    BalasPadam
  6. Aslmkum Rohah. ikan bakar portugis mmg sedap.....tambahan kalau dpt ikan yg besar sikit mcm cencaru..siakap....sedap rasa isi ikan kena dg rempah2 itu...dah lama tak masak gini

    BalasPadam
  7. suka makan ikan bakar.healthy lagi kan..nyam..nyam

    BalasPadam