Assalamualaikum..
Jumpa lagi, apa khabar semua.Semoga dalam rahmat Ilahi.Hari ni berkongsi menu Siput Sedut Masak Lemak Cili Api atau sesetengah orang panggil siput ni sebagai Siput Belitung.Tak lain tak bukan memang dah jadi kebiasaannya siput ni sesuai dimasak lemak cili api kan..
Dah lama tak makan siput ni.Kebetulan minggu lepas on the way balik dari Batu Pahat kerana menghadiri satu majlis walimatul urus ternampak siput ni di jual dipinggiran jalan.Maybe cik abang teringin nak makan kot, dia membelinya tanpa diminta..Memang sedaplah nyedut2 siput ni kan..hehe.Tapi siput yang dibeli kenot2 aje, tak berapa nak besar..
SIPUT SEDUT@BELITUNG MASAK LEMAK CILI API
Oleh:rohaisha@Damai Qalbu
Bahan-bahan:
1 kilo siput sedut | buang ekor cengkerang siput
1 liter santan (dari sebiji kelapa)
2 ulas bawang merah | tumbuk
1 ulas bawang putih | tumbuk
3cm kunyit hidup | tumbuk
2cm halia | tumbuk
56 tangkai cili api (boleh lebihkan)
3 batang serai | titik
Serbuk kunyit secukupnya
Garam
Gula
Sedikit minyak untuk menumis
Cara:
1.Potong sedikit bahagian ekor/belakang siput.Cuci bersih dan toskan.
2.Tumiskan bahan tumbuk dan serai dengan sedikit minyak hingga kekuningan.Masukkan sedikit pati santan bersama sedikit serbuk kunyit.Kacau rata.
3.Masukkan siput, kacau dan tuang santan.Masak dengan api sederhana sehingga siput masak.
4.Perisakan dengan garam dan gula.Matikan api.
nota:kalau nak lebih sedap, masukkan simpulan daun kunyit.
Sedapnye lah nengok masak lemak cili api siput sedut tu... Terliur lah pulak rasanya. Kalau dimasak dengan pucuk kaduk, mesti lagi sodap.... kan.
BalasPadamwahhh kak rohah ada siput kecik siput besar sume..suami zila panggil tekoyong kak...heehee
BalasPadamAntara yang tak dapat kunikmati di tempatku... inilah... siput sedut, kalau nak makan tunggu balik Bukit Hijau!
BalasPadamsalam Rohah
BalasPadamaduh...faberet saya ni.. lama dah tak masak/makan. Anak2 pun suka, tp kena plak sedutkan utk diorang.. leceh betul laaa...
Wallawwey..sedapnya kuah siput sedut ni...lapar..
BalasPadamMasakan kegemaran bonda akak,kat tempat akak banyak jual siput ni tapi akak tak reti makan.
BalasPadamsedapnya siput sedut, goreng cili pedas2 pn sedap, meleleh2 makan berasapppp......
BalasPadamsedapp..biasa akk beli jew rohah kt umah nie diorg x reti mkn..akk laju jew:)
BalasPadamSalam kak rohah.. ni antara makanan yg tun x pandai makan. bkn setakat xpandai makan, masak dia pun x pandai.. hihi....
BalasPadamlauk fav hb QH ni tau kak...tp QH mmg xpdi mkn..kecik2 mak xajar mkn siput ni..hehe...masak pon xpenah..kalu hb teringin biase beli aje :)
BalasPadamSelamat malam kak rohah, menu yang sangat simple tapi sedap...puas hati kalau dapat makan ni : )
BalasPadamTerbaek la..rasa nk cuba arinie.....
BalasPadam