Assalamualaikum..
Selamat tengahari dan bersua kembali.Nampaknya kita sudah berada di penghujung tahun, lagi 3 hari akan melangkah masuk ke tahun baru 2013.Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan Allah.
Saya pun tak pasti adakah N3 hari ini adalah N3 yang terakhir untuk tahun 2012, sebab kadang2 kalau masa mengizinkan dan kelapangan, siap saja resepi ditaip dan gambar2 pun sudah dipilih, N3 baru akan terus menyusul...Semuanya bergantung pada kelapangan.Maklumlah walaupun cuti persekolahan berlangsung beberapa minggu, sebagai ibu kita tetap sibuk dengan kerja2 rumah dan hal2 lain yang berkaitan kan..So, andaikata N3 hari ini adalah yang terakhir untuk 2012, insyaAllah kita akan berjumpa di N3 seterusnya ditahun 2013 akan datang insyaAllah.
Kali ini berkongsi menu Daging Masak Merah yang saya dapatkan sumbernya dari Nizam dari page wordpress beliau.Tajuk asalnya adalah Daging Merah, tetapi saya tambah sikit pada barisan tajuknya tu supaya padat sikit disebut dan didengar, jangan marah ye Nizam..Yang penting resepinya sedap sangat.Kata beliau resepi Daging Merah yang telah dikongsikan ini adalah resepi yang telah dipelajari oleh beliau ketika menuntut di UITM dahulu.Apapun TQ banyak2 atas kesedapan resepi ini..
DAGING MASAK MERAH
Sumber Oleh:Nizam (DAGING MERAH)
Tips dan teknik mencuci dan merebus daging oleh Nizam:
Selepas membeli daging dari pasar, jangan lupa rendamkan daging itu dengan tepung dan air.Ini adalah untuk menghilangkan bau hamis daging lembu.Biarkan seketika selama 15 minit dan cuci hingga bersih. (Saya hanya cuci bersih dan toskan)
Kemudian masukkan daging tadi di dalam periuk berisi air.Masukkan juga pewarna merah mengikut citarasa anda.Sebagai contoh beliau menggunakan 2-3 sudu makan hanya sekadar untuk mewarna daging tersebut.Rebuskan daging itu sehingga ia meresap pewarna merah tadi.Selepas daging tadi kecut sedikit dan meresap pewarna merah, angkat dan biarkan ia sejuk seketika sebelum proses memotong daging tersebut.Air stok daging itu jangan dibuang kerana boleh digunakan dalam masakan nanti.
Saya hanya gunakan 1 sudu besar pewarna merah dan rebus sekitar 1 jam 40 minit.(tapi kalau nak daging betul2 empuk, rebuslah selama 2 jam @ lebih)
Bahan-bahan:
Daging lembu yang telah direbus dengan pewarna merah tadi (saya guna 1kg daging)
2 labu bawang besar*
6 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 batang serai*
2 sudu makan cili kisar* (* kisar)
Air stok daging
3 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos tomato
4 sudu makan sos cili
Secubit asam jawa
Garam secukup rasa
2 biji cili merah | potong ikut suka
2 labu bawang besar | potong bulat
6 helai daun limau purut | potong hiris
Cara-cara:
1.Daging dihiris seperti yang ditunjukkan di dalam gambar.(boleh rujuk SINI)
2.Kuah:Kisarkan bawang besar, bawang putih, halia dan serai.Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau, dan garing sedikit.
3.Masukkan cili kering yang telah dikisar.Cili kisar ini telah direbus terlebih dahulu sebelum ia dikisar.Ini untuk mengurangkan pedas cili.Tumiskan cili sehingga pecah minyak.
4.Masukkan air stok daging tadi ke dalam kuali, kacau dan biar ia masak sebentar.
5.Kemudian masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan garam secukup rasa.Kacau dan biar ia masak sebentar.Selepas itu masukkan sedikit asam jawa dan kacau.
6.Bila kuah agak pekat sedikit, masukkan daging yang telah dihiris tadi.Kacau rata daging itu sehingga sebati dengan kuah.Masukkan juga daun limau purut dan hirisan bawang.
Wes suwi orak mangan daging.... kayane pingin mangan setelah ndelok Daging Masak Merahmu itu Rohah!
BalasPadamSedapnya Rohah.
BalasPadamwow ngancam nengoknya ni Rohah
BalasPadamsedapppp..feberet sekali sekala daging he he
Wooo...nampak merah la....tetap laju jer meternya tu..hikhikhik
BalasPadamSelamat malam dear kak rohah...
BalasPadamSedapnya daging masak merah...tak pernah buat lagi, boleh terai ni, tq : )
kak nak cubalah nanti..
BalasPadamsalam mbak yu... jowo yo? podho la karo aku.. hehehe... dapnyer daging merah nih.. kalau ada org masakan lagi sedap! hihihi
BalasPadamSalam kak rohah ^^ tun kalau lauk camni sedap kalau gandingkan ngan nasi minyak nih ^^
BalasPadamsalam syg rohah,
BalasPadamwahh akk x pernah buat sendiri..biasa mkn diluar jew nie..sedapnye:)
Salam Kak Rohah.. Sedapnya menu ni.. Selamat tahun baru kak.. Semoga tahun baru ini membuka lembaran baru untuk akak..
BalasPadamThanks for writing such a nice content
BalasPadamDelivery Partner Jobs
Driving Partner Jobs
Delivery Jobs
Delivery Driver Jobs