Khamis, 22 November 2012

DURIAN CREPES


Assalamualaikum..
Selamat pagi semua....Sarapan apa pagi ni?..Cuti sekolah dah bermula, alhamdulillah bolehlah buat sarapan pagi selalu, tapi ikut mood dan kerajinan juga.Lagi satu tak adalah nak terkejar2 sangat dengan keadaan dan masa.Kalau situasi tak mengizinkan capai sahajalah roti bersama secawan vico atau susu, itu pun dah kira ok sangatlah..


Rata2 dah tahu menu apa yang tengah hangat diperkatakan sekarang ni..Diketengahkan resepinya ketika musim durian betul2 tengah runtuh.Kategori demam gayanya...Tapi mintak2 janganlah sampai demam gara2 dok membantai isi durian ya..So, saya pun menggeletik jugalah nak buat, nak rasa dan, dan, dan apa2 je lah  yang berkenaan Crepe Durian ni kan...Kalau boleh nak cuba yang dari pelbagai jenis tepung, tak kiralah 2, atau 3 atu 4 atau 5 atau apa2 lagi.KALAU BOOOLEEEHHH!!.....hehe..semangat lain macam je sekarang ni..

Memang macam2 resepi ada, pilih je mana satu yang nak dicuba..Tapi untuk 1st nya saya berpeluang mencuba resepi dari Kak Wan kita..Alhamdulillah berjaya juga buat sampai habis.Specialnya resepi beliau ni tak perlu lengser kuali dengan minyak atau butter ketika nak tuang adunan dalam pan non stick. tu, memang sure tak melekat.Mula2 nak buat tu teragak2 juga, tapi bila dah tebar sehelai crepe, baru percaya..hehe.Bestakan..Ok lah, resepinya tu boleh nengok kat bawah, tapi untuk filling saya tak guna resepi dari Kak Wan sebaliknya guna resepi Kak Zu@Semanis Gula.

DURIAN CREPES

Bahan-bahan:Adunan dadar
30gm tepung Hong Kong
30gmtepung kastard
20gm tepung jagung
20gm tepung ubi
20gm tepung kentang/ sagu
3 biji telur
1/4 sudu teh garam
250ml susu cair (suhu bilik)
1 sudu besar mentega cair
Pewarna kuning (optional)

Cara-cara:
1.Satukan semua adunan bahan dadar, kacau rata dan tapis.Rehatkan selama 20 minit.Adunna yang agak cair hasilkan dadar yang tipis.
2.Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, ambil satu senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis.Masak hingga atasnya mengering, tidak perlu diterbalikkan.
3.angakat dan ulangi membuat dadar huingga habis.
|n4.Paipkan sedikit whip cream di tengah dadar, letak satu sudu kecil kastard durian kemudian tutup dengan whip cream.
5.Lipat dadar menjadi empat segi.Buat hingga habis dan simpan di dalam peti sejuk.

Filling Custard

Bahan-bahan A:
200gm susu segar
2 kuning telur
30gm gula halus

Cara:
Kacau atas double boiler hingga pekat

Bahan B:
250gm Whipping non-dairy } putar kental

Cara:
Satukan kedua-dua bahan dengan kaedah kaup balik.

**Boleh juga durian gantikan dengan mangga@jagung krim dalam tin maka tukarlah namanya kepaga JAGUNG CREPE@MANGO CREPE




14 ulasan:

  1. Assalamualaikum hee terbaik....nyam nyam...

    BalasPadam
  2. boleh kata hari-hari ada org tayang DC ni...bila lak giliran saya ye..

    BalasPadam
  3. tak pernah makan lagi...teringin jugak!

    BalasPadam
  4. alahai rohah pun dah buat
    cantik je kaler kulitnya tu

    BalasPadam
  5. Akak pun belum pernah buat dan makan durian crepe....nak cuba juga bila ada free nanti.Kemas dan cantik aje rupa durian crepe rohah.

    BalasPadam
  6. ehehe kak roha dah wat la...zila lum terbuat lagi..tgk tiap ari ada je entry ni..comeiiii

    BalasPadam
  7. nmpknya DC ni dah mlanda ke sini pula yer...hihi..QH pon nti nk buat juga versi ni..permintaan makk...

    BalasPadam
  8. pergh demam durian krepe dah sampai sini lah pulak, cuma mampu telan liur je lah tgk, tunggu musim abis baru buat hihi

    BalasPadam
  9. Sana sini ada durian crepe ni. Aduhaiiii bagaimana agaknya rasanya ye....

    BalasPadam
  10. salam kak rohah ^^ wahh.. tun berkobar2 nk mkn durian crepe tp ni jugak! tp xde tepung hong kong, kene gi godek2 resepi lain dulu lah

    BalasPadam
  11. hmmm.. dah jadi pun DC Rohah.. cantek warnanya..

    BalasPadam
  12. assalam Rohah
    demamnya melanda dah sampai sini jg ye he he rajinnya wat desert igauan ramai tu
    akak nk cuba jg tp kenalah tukar isi durian ke buah lain he he
    cantik tepunnya kuning dan licin
    memang sedap ker Rohah he he

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum Rohah,
    agaknya kalau dah habis musim durian... habislah musim mengerepe ye... he henheh ayu banget CDnya tu...

    BalasPadam
  14. Nur pernah makan memang sedap.. Cantik durian crepe akak.. Memang ada macam2 versi.. Yang latest kata ada 7 jenis tepung.. Tapi tak jumpa lagi resepi tu..

    BalasPadam