Khamis, 29 November 2012

BUBUR KACANG DURIAN


Assalamualaikum..
Selamat bersiaran kembali..Tengah musim durian ni, macam2 boleh buat ngan raja buah ni kan.Lepas satu resepi, resepi lain pulaknye..Lepas ni kenalah bergoogle mencari menu berasaskan durian ...Ambik peluang selagi musim durian masih panas..Apapun kita layan dululah dengan menu bubur kacang yang simple tu..

BUBUR KACANG DURIAN
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
2 cawan kacang hijau | rendam semalaman
13 cawan air
1 cawan santan pekat
1 cawan gula pasir
1/3 cawan gula merah
Durian secukupnya
3 helai daun pandan | simpul
Sedikit garam

Cara:
1.Rendamkan kacang hijau semalaman agar cepat empuk ketika dimasak.Cuci bersih dan satukannya dengan  air dan daun pandan dalam periuk.
2.Rebus sehingga kacang empuk.Apabila kacang mulai empuk, masukkanlah durian dan santan pekat.
3.Setelah kacang rebusan empuk sepenuhnya, barulah dimasukkan gula pasir, gula merah, dan garam.
4.Kacau selalu sambil mereneh agar ianya sebati.
5.Tutup api dan hidangkan. 

7 ulasan:

  1. salam Rohah, wnagi nya sampai ke brunei ni tau, bak lah semangkok peneman kopi o akak ni huh terliur lah..

    BalasPadam
  2. Assalam....kakpb pun buat juga bubur kacang semalam. Campur durian memang terangkat kan?

    BalasPadam
  3. bubur kacang mmg x pernah rasa jemu nk makan .. akk dr kecik sampai skrg suka btl mkn..sedapp:)

    BalasPadam
  4. Yang ni mmg fav sis....tak pernah jemu.Akak pun ingat nak buat jugak sbb skg musim durian.

    BalasPadam
  5. Salam Rohah, emm sedap nyer...akak ada byk stok durian dalam freezer tu, hari Isnin lepas suami bawa balik. Bagi kat jiran2 pun masih ada banyak lagi. Nak buat DC...malas lak rasanya...

    BalasPadam
  6. Salam.. My favourite.. Sampai hari ni, belum jamah lagi buah durian..

    BalasPadam
  7. salam...
    saya suka mkn bubur kacang dgn pulut..
    salam kenal & follow sini

    BalasPadam