Assalamualaikum...
Selamat bersiaran dan ketemu lagi di sini alhamdulillah...Selamat beristirehat dan menyambung tugasan di pagi isnin keesokan hari insyaAllah...Mudah-mudahan hari esok dan seterusnya membawa keberkatan buat kita semua.Amin.
Hari ni berkesempatan mengN3kan menu Apam Pisang Kukus..Tertarik dengan apam pisang kukus yang telah Naz buat hari tu, gebu dan montok jew.Kebetulannya ada beberapa ulas pisang yang sudah mula terbiar tak dijamah.Tanpa berlengah terus saya adunkan apam pisang ni..Enak sangat, lembut saje dikunyah.Alhamdulillah, tertarik sudah dengan resepi ni, insyaAllah boleh dibuat resepi ulangan.Respinya di bawah ye.
APAM PISANG KUKUS
Source:Resipi Pilihan Diana
Sumber:Naz@Cute Oven, Small Kitchen
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar) -sy guna 6 biji pisang berangan
3/4 cawan mentega | dicairkan dan disejukkan (saya guna minyak masak)
4 biji telur (saya guna 3 biji telur gred A)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula (saya guna 3/4 cawan gula perang)
Secubit garam
Cara-cara:
1.Tepung gandum diayak dengan baking powder.Ketepikan.
2.Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
3.Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak.
4.Kemudian masukkan tepung.Gaul rata dan kemudian tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan mentega atau minyak.Kukus selam 45 minit menggunakan api yang sederhana. (saya guna acuan kecil dan kukus selam 15-20 minit).
Nota:Kukusan hendaklah dipanaskan terlebih dahulu dan tutup kukusan perlu dibungkus dengan kain supaya wap tidak jatuh ke atas permukaan kuih.
salam Rohah..
BalasPadamminta sikit apam pisang nak buat breakfast tambah2 kuih heee ngancam nampk tu..
nyum nyum
BalasPadamnampak gebu jer apam bintang tu...sedapppp !!!
BalasPadamfuh mmg nmpk lembut dan gebus... sedapnye
BalasPadamAssallamualaikum Rohah.
BalasPadamHihihii..dia pun dah buat apam pisan ni ye.. mmg best, lembut, gebu dan montok apam pisang ni kan.. makan satu dan dua memang tak cukup..
klu guna pisang yg wat pisang goreng blh x
BalasPadamMmg mengancam selera la tengok apam ni..mesti buat ni:)
BalasPadam