Jumaat, 5 Oktober 2012

MANGGA HARUM MANIS @ MANGGA MADU??? AKU & SUAMI PUN DAH KELIRU...



(pokok 1)
pokoknya keding je..buah pun tak lebat..

(pokok 2)
Salam...
Selamat petang dan bersiaran santai...Tajuk atas tu memang membuatkan saya dan suami tak pasti sama ada pokok mangga yang kami ada ni antara MANGGA MADU @ MANGGA HARUM MANIS.Inilah kali pertama pokok mangga ni menjadi buahnya, setelah mengalami 2 kali keguguran sebelum2 ni (dah macam manusia la pulak..hihi).

Dah masuk 2 tahun lebih kurang 2 pokok mangga ni di tanam di tepi rumah...Tak berapa rimbun tapi dah mula membesar pun pokoknya.Dah 2 kali berbunga dan berputik, tapi asyik gugur je buahnye.Kali ketiga ni baru menjadi, tapi buahnya tak berapa lebat..alhamdulillah jugalah.Maknanya penantian telah berakhir untuk menikmati hasilnya selama ini.


Alkisahya masa mula2  beli pokok ni kat Sg Buloh 2 tahun lepas, kami masih ingat pokok mangga ni jenis apa, tapi  dah masuk 2 tahun ni, kami langsung tak ingat jenis mangga apa...hihi..Kuat betul pelupanya!!.Aku tanya suami, suami tanya aku..itu je lah penasarannya.Tapi yang buat kami kisah ialah kemanisan dan bau harum yang terrrrsangat2 harum yang ada pada ciri2 buah mangga kami ni setelah masak..Kesemua mangga yang telah kami kupas memang harum dan manis!! alhamdulillah.


Walaupun kami masih tak ingat jenis pokok mangganya, so kesimpulannya, mungkin pokok mangga ni jenis mangga...????(ada sesiapa tahu tak jawapannya?? hihi..), yang penting MANIS!!Sebab anak beranak suka makan mangga yang dah masak, kalau dapat yang hijau pun memang kami akan tunggu sampai masak..hihi.Selagi kalerr hijau kulit mangga tu, memang tak ada yang berani nak kupas2..KISAHNYA.... 

Lepas ni kalau pokoknya ni lebat buahnya, bolehlah buat mufin ke..., kek ke..., manggo delight..., jus...., kerabu....  & bla..bla.. bla...hihi.Bye..Wassalam.

ADA SESIAPA YANG KENAL MANGGA NI JENIS APA, BOLEHLAH TOLONG JAWABKAN YE...tapi tak ada hadiah tauu..hihi.

15 ulasan:

  1. hihi tak tau nama, tau makan je

    bestnya ada kawasan nak menanam2 ni

    BalasPadam
  2. Salam kak Rohah.. wah erma tak tau jawapan atas kekeliruan dan persoalan akak.. tapi ermapun penggemar mangga.. nampak sedap n elok buahnyer... wah puas ati bila tanaman membuahkan hasil.. boleh mintak ke? he he he

    BalasPadam
  3. salam rohah..x kisahla mangga jenis apa..akak tetap nk oder 2 kilo ek pos mai umah akak..hehe!

    BalasPadam
  4. assalam Rohah
    akak ni memang peminat mangga jugak,pantang ada mesti habis he he
    mangga harum manis kot sb bau harum he he selalunya buahnya mesti besar kan
    bestnya dt petik dihalaman sendiri tu, kalu akk hari2 tgk he he

    BalasPadam
  5. salam syg rohah..
    he hee akk pun x tau nama apa..tadi g Aeon beli mangga,.enth mgga apa..mkn jew tau..untung umah ada tanah nie..umh akk tanah depan umah jew la..kiri kanan umah org he hehe

    BalasPadam
  6. akak pun tak tau nama nya jugak tapi makan tauuuuuuuuuuu...
    tak mau orde sbb kat umah akak pun banyak jugak ni tapi panjang sikit dari mangga kat atas punnnnnnnn tak tau nama jugak heeee

    BalasPadam
  7. aduhhh geramnya tgk mangga yg bergayut2 kt pokok tu...QH suka mangga jenis ni..siap kecur lg ni haa...klau dpt mmg susah nk benti makannya ni..hihih

    BalasPadam
  8. Belasah jer..janji harum dan manis..hihi..

    BalasPadam
  9. Sedapnya... Tak tahu nama mangga ni..

    BalasPadam
  10. mcm cukanan jer tepi rumah saya..

    BalasPadam
  11. salam..mempelam kat rumah saya sebijik macam mempelam awak..kmi pun dh lupa apa namanya...xpi masalahnya buah asyik merekah di pokok..nk tnya buah awak ni merekah jugak ke? n awak peram berapa lama ya untuk buah tu kuning macam dalam gambar ni? harp balas yer...

    BalasPadam
  12. Harum Manis dia punya buah agak bulat dempak. Bila dikupas, baunya mmg harum

    BalasPadam