Isnin, 15 Oktober 2012

BERGEDIL AYAM






Assalamualaikum..
Alhamdulillah bertemu lagi.Saya masih bersiaran lagi dengan menu yang sangat lama terperap di folder.Sebenarnya sudah lama disiarkan di fb, cuma resepi bergedil ni saya belum pernah updatekan di blog semenjak saya berjinak2 dengan dunia blog.

Resepi bergedil ni biasanya lebih kurang sama, cuma jika ada beza pun tidaklah begitu ketara antara satu resepi dengan resepi yang lain.Resepi ini adalah kebiasaan yang sering saya buat hasil tunjuk ajar bonda saya satu ketika dulu.Resepinya boleh dirujuk di bawah ye.


BERGEDIL AYAM
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:
500gm kentang | belah wedges dan goreng
1 ketul ayam | kisar *boleh tambah jika mahu
5 ulas bawang merah | hiris dan goreng
3 ulas bawang putih | hiris dan goreng
1 sudu besar udang kering | goreng
4 tangkai daun sup | hiris halus
1 sudu kecil lada putih | tumbuk@ kisar
1 biji telur | kacau * untuk menggoreng
Gula dan garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara:
1.Gorengkan kentang hingga masak.Toskan sekejap.
2.Gorengkan hirisan bawang merah, bawang putih dan udang kering hingga kekuningan.
3.Kisar kesemua bahan goreng.Ketepikan.
4.Kisarkan ketulan ayam.
5.Lenyekkan kentang yang digoreng tadi (semasa masih panas) dan gaulkan dengan bahan kisar tadi bersama lada putih dan daun sup.
6.Perasakan dengan gula dan garam.
7.Kepal mengikut bentuk yang disukai.
8.Celupkan gumpalan kentang tadi ke dalam telur dan goreng hingga kekuningan.

9 ulasan:

  1. kak rohah, as salam...nakkkkkkkkk adoh zila cukup suka bergedel ni...kalau jumpa mesti amek....lagi kalau ada daging kisar dalam tu.........tukar dengan kerabu leh....

    BalasPadam
  2. Assalam Rohah.
    Sedapnya bergedil makan dgn soto,ehhhh makan macam tu aje pun sedap.

    BalasPadam
  3. Aslmkum Rohah.byk tu bergedil...sedap mkn dg soto atau cicah sos saja.

    BalasPadam
  4. as-salam kak rohah
    wahhh!!sedapnye bergedel ayam..suka buat ratah2 mcm tu aje..

    BalasPadam
  5. akkak suka ratah gitu je
    sedapp sgt tp malasnya nk buat sendiri he he

    BalasPadam
  6. Kalau berjiran dengan kak Rohah...konfirm lapar terusss...ari2 terhidu masakan yg sedap2...

    BalasPadam
  7. kakak! kite copy n paste dulu resepi. nanti baru buat.

    BalasPadam
  8. Wahh..bestnya resepi...mesti buat jugaa ni...thanx for resepi yer

    Jemput singgah www.haniqhanisalihah.blogspot.com
    untuk tips kesihatan dan kecantikan

    BalasPadam