Khamis, 6 September 2012

SUP TULANG ISTIMEWA



Assalamualaikum...
Jom jamu selera...Inilah antara menu yang saya hidangkan time bulan puasa ari tu.
Memang syoklah dapat hirup kuah sup tu, sebab ramuannya memang pelbagai, jadinya terbitlah aroma yang sedap dihidu..ehee..

SUP TULANG ISTIMEWA
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
1 kg tulang rawan lembu (yang ada isi)*
3 batang serai* | ketuk
Air secukupnya* (rebus bersama)
1 labu bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
10cm halia | hiris lebar
4cm lengkuas | ketuk
Cili api secukupnya | ketuk
1/2 sudu kecil ketumbar biji
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam (yang telah dikisar)
1 bunjut rempah sup bunjut/sup tulang
2 kuntum bunga lawang
3cm kulit kayu manis
3kuntum biji pelaga
5 kuntum bunga cengkih | buang tengahnya
2 biji tomato | potong 4
1 biji limau nipis | ambil jusnya
Saleri secukupnya | hiris (tak ada stock)
Gula
Garam
Daun sup
Daun ketumbar (tak ada stock)
Bawang goreng

Cara:
1.Rebuskan tulang rawan bersama air dan serai anggaran 1 1/2 jam.Tambahkan air jika perlu @ air menyusut.Biasanya tulang daging yang melekat pada tulang rawan dah mulai empuk dalam anggaran masa sebegini.
2.Setelah separa empuk, masukkan kesemua bahan kecuali batang saleri, tomato, garam dan jus limau.Teruskan lagi merebus agar bahan-bahan perencah sebati, isi daging bertambah lembut dan beraroma.
3.Setelah empuk (anggaran 2 hingga 2 1/2 jam), barulah dimasukkan  cili api, garam, hirisan saleri, jus limau dan tomato.Biarkan seketika.
4.Matikan api dan hidangkan sup bersama hirisan daun sup, daun ketumbar dan bawang goreng.
5.Hidangkan bersama sambal kicap.


8 ulasan:

  1. Salam kak rohah! kita sejuk2 ni kak, nmpk sup akak ni bestnyer menghiruo kuah dia panas2, perah limau byk2 letak sambal kicap byk2 eeeeee... mmg tak jamah nasik :D kat sini seharian hujan, td buka pun menu jepun yg hangat2 gituu, sejuk betul egege...

    BalasPadam
  2. Salam perkenalan,
    saya pun selalu buat sop bulan posa hari tu...

    BalasPadam
  3. Owalaaaa... wetenge ngeleh ikii... sedapnya Rohah! Siap dengan kicap adanya sekali... ayuh mbakyu... udah duduk bersila ni menunggu semangkuk sup tulangnya yang enak itu!

    BalasPadam
  4. auchhh...negencess! dapnya sop tulang..mecing plak dengan sambal kicap..perah asam limau..perghhh terangkat dik...ulur2 semangkuk kat akak...xyah akak masak...heee

    BalasPadam
  5. wallaaa... hebat sup tulang rohah... kalo kt msia sy suka part tulang rusuk... byk isi melekat kt tulang... hari ni pun sy masak sup tulang gak. hubby request nk mkn bihun soto sup tulang. bertambah2 hubby mkn... sy lak tak lalu mkn walaupun sesudu kuah sup sebab x tahan bau... morning sickness ni x habis2 lg... hmmmm...

    BalasPadam
  6. wah sup tulang tu digandingkan pula dgn sambal kicap pasti berpeluh dibuatnye..pada suka mesti tak angkat muka slagi tak abis hirup supnye tu kan...

    BalasPadam
  7. salam syg rohah,
    sambal kicap tu wat akk x thn nk nengok..fav sambal kicap n sup..lagi2 sup tulang tue..melampau2 sedappp..:)

    BalasPadam
  8. Assallamualaikum Rohah..

    Amboiii... Cili padi dia..terbaring2 dlm sup tu. Mintak semangkuk Rohah.. Sekali dgn sambal kicap tau! Biar makan berpeluh2...

    BalasPadam