Salam..
Bersiaran lagi...alhamdulillah dengan nikmat kehidupan yang Allah beri.Hari ni berkongsi lagi menu muffin iaitu resepi muffin dari kak Enazamri.Sedap muffinnya, beraroma pandan.Saya adjust kat kismis tu kepada mix fruits sebab tak ada stock kismis pada masa nak membakingnya.Buat muffin ni pun sebab anak minta dibuat khas untuk jamuan aidil fitri di sekolahnya tempohari.
MUFFIN PANDAN MIX FRUITS
Resepi:EnaZamri (MUFFIN PANDAN KISMIS)
Bahan-bahan:
4 usdu besar mentega
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir (saya guna gula halus)
1 cawan susu segar
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur (saiz A)
1 sudu besar esen pandan
1/2 sudu kecil pewarna hijau
Kismis hitam (saya tukarkan dengan mix fruits)
Cara-caranya:
1.Mentega dan gula dipukul sekejap hingga kembang, masukkan telur, pewarna hijau, dan esen pandan.
2.Ayak tepung, baking powder dan soda bikarbonat.
3.Masukkan tepung berselang -seli dengan susu segar, kacau perlahan, last sekali masukkan kismis.(tinggal sedikit untuk hiasan)
4.Scoop adunan cukup setakat 1/2 acuan dan taburkan ksmis di atasnya.Panaskan oven 200 darjah celcius dan bakar selama 20 minit.
Gebunya nampak muffin pandah Rohah.. :)
BalasPadamsalam rohah..akak ade jugak cuba muffin nih..tapi hari tuh akak ganti susu segar dgn yogurt...sedap gak!!
BalasPadamSalam kak roha!!! kita dtg ni kak bwk secawan teh o panas hihihi... sedapnya! dah terbau2 keharuman pandan masa bakar tuuu :-)) dulu2 kita tak berapa minat dgn benda2 yg ada pandan tp sejak duk jauh ni kan, sume2 kita jadik suke :D
BalasPadamsalam kak hemmm masing2 hari ni membaking yeee..nak sikit sdp tu..rasa pandan dan buah2 campur...5 biji bolehhhh :-)
BalasPadamsalam Rohah,
BalasPadamGebunya nuffin tu..suka nengoknya.
Wahhh roha...x tahnazzz dgn paper cup muffin tu..biwu ngancammm.tewus muffin ko jd ngancam gak...dapppnya..nampak gebusss...bak mai 2-3 ketoi..heeee...
BalasPadamnamapk comel dan gebu sangat, tentu sedap sangat ni.. sedapnya kalu dicicah dengan nescafe.. ;-))))
BalasPadamSalam Roha...,ni makan bersama nescafe panas2....perghhhh...
BalasPadammusti wangi kan rohah sebab ada pandan bestnyaaa
BalasPadamaduhh rohah buat akk kecur jew nie..ijau lagi sedapnya:)
BalasPadamSegar mata memandang kaler ijo pandan tu...gebusnya mufin ni...geram2...
BalasPadam