Assalamualaikum..
Kebelakangan ni mood nak membaking membuak-buak, tapi memang sengaja le dilengah-lengahkan(lengah2???!!..uit, tak baik tauu...).Tapi bab nak masuk mulut sendiri o.k jugalah kan..takut pulak kalau ada stock cake nanti, asyik kerja nak membalun je..tu yang tak tahan tu..Bukan boleh caya ni...kalau 2 kali rasa mahunya 2x lagi dan lagi dan lagi..haaaa..
Saya suka makan kek, tapi nanti cepat sangat jarum timbangnya naikk!!.Tu yang tak sanggup tu...
Kek yang ni memang dibuat khas untuk aidilfitri yang lalu, buat separuh adunan je..Pastu dibahagi dua, kasi bonda kita separuh..setakat nak bagi dia rasa je..hehe.. len kali bolehlah buat adunan penuh kan..biarlah puas nak makan.
Perasan tak asam how flakes yang kat permukaan tu tersembul jerr..hihi.Gamaknya dah terlajak kering permukaan tu baru nak bubuh asam.Terlupa, leka!!.Memang tak boleh nak selamatkan.Maklumlah time tu bulan puasa, aktivitinya double triple, yg ni pulak jadi mangsa.
KEK KUKUS LAPIS MASAM MANIS
Bahan-bahan:
10 biji telur gred A
500gm buttercup
1/2 gelas @ 100gm gula halus
350gm tepung biskut marrie
50gm horlick
1/2 sudu teh baking powder
1 tin kecil susu pekat manis
Pewarna cerry @ 1 sudu makan strawberry emulco
Pewarna hijau pandan + 1 sudu makan pandan emulco
22 bungkus asam How Flakes (besar 20 sen).1 lapisan guna 36 pcs
Loyang saiz 8 1/2" X 8 1/2" X 2 1/2"
Baking paper
Cara-caranya:
1.Telur dipukul sebiji dmi sebiji sehingga kembang.Kemudian masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang.
2.Masukkan buttercup dan susu pekat manis ke dalam adunan telur tadi.
3.Masukkan tepung biskut marrie yang dicampurkan dengan horlick serta baking powder sedikit-sedikit hingga habis.Kacau perlahan-lahan sehingga semuanya sebati.
4.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak.Lebih tepat, timbang adunan tu sama banyak.
5.Letakkan pewarna dan emulco disetiap bahagian yang berlainan.
6.Panaskan periuk kukusan, alas baking paper di loyang 4 segi tepat ukuran 8 1/2" dan masukkan 1 cup dadih sedang ke dalam loyang.Mulakan dengan colour hijau dahulu dan kukus sehingga agak kering.Anggaran 2-3 minit.
7.Masukkkan adunan colour cerry dan kukuskan lagi sehingga agak kering.
8.Setelah adunan cerry kering, susunkan 36pcs asam how flakes dan kemudian tumpahkan adunan colour hijau pandan lagi.Ulangi proses melapis selapis demi selapis sehingga habis adunan.Lapisan ini sebanyak 12 lapis, cery 6 lapis dan hijau pandan 6 lapis.(saya punya 8 lapis je)
9.Lapisan terakhir, keringkan sekejap dan barulah disusunkan asam how flakes di atasnya dan tutup atas loyang dengan aluminium foil dan kukus lagi dalam 45 minit atau masak.
rohah
BalasPadamakk dtg memalam nie he hhee baru nk off kmptr nie ..tupp2 nampak kek asam manis..waallaaa kecur btl tgk rohah:)
wahhh..sedapppnye..kek ni mmg feberet saya...
BalasPadamkalu cari kek lapis...kek ni la pilihan pertama saya...
rajinnya dia melapis.. sweettt giteww warnanyerr..
BalasPadamSalam kak!! Sedapppp! Kita kenal kek lapis dulu kek asam manis ni lerr :D kek2 lspis lain tak tahu sbb dr kecik sampailah besar msk rajin buat kek lapis asam manis ni mmg nostalgiaaa gituuu :D
BalasPadamMmg mengancam kalbu ni kak.....terer la akak......
BalasPadamSy mmg x tau la bila kek mcmnie bole buatnya.....huhuhu.....
Rohahhhh...
BalasPadamwajin tul ko melapis..isshhh akak memang bukan versen penyabo la..tabik ngan ko.Pehtukan..telur skang ammpunnnzz mahei bebeno dik..lg la buat akak bantut nak buat kuih2 yg manyak telur ni...err ulur skit kat akak je la...lehh hehehe
sedapnye....suker kek ni sb ada asam manis
BalasPadamAssalamualaikum Rohah :D
BalasPadamCantik lapisannya...Kak Lin suka kek ni tapi bila buat tak pernah menjadi...hik3
Assalamualaikum Rohah :D
BalasPadamAduhai!!! Cantiknya...sedapnya...kenapalah Kak Lin tak pandai buat kek ni...pernah cuba tapi tak menjadi...hehehehe.
rajinnnyerrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!! tun suka makan kek lapis masam manis.. tp tun tangan keras kejung, mmg comot momot la layer dia. kui kui. jeles nmpk kek akak sama tebal je lapisan dia..
BalasPadamwaduh menggoda betui kek lapis rohah nih..terliur dh akak nengoknye! moist & cantik kalernya..nk minta sure dh xder kan..hehe!!
BalasPadamSalam...saya pernah cuba buat kek kukus masam manis ni tapi lapisannya tak rata mcm berbukit2. Bagaimana cara untuk jadi rata?
BalasPadam