Jumaat, 15 Jun 2012

PUDING STRAWBERI




Assalamualaikum..
Moga ceria selalu bersama Damai Qalbu yang serba simple ini.Menu kali ini hanyalah puding biasa, namun cukup enak dimulut saya.Dibikin 2 minggu lepas sebagai bekalan perjalanan jauh ke Alor Star..sampai ke destinasinya memang berair sikit pudingku ini.Faham2 ajelah, aga2-agar kan...
Untuk resepinya boleh tinjau kat bawah tue...

Nampak tak ada macam biji2 kecil bertaburan atas puding tu...unik kan!! Saya memang tak tabur/bubuh apa2 kat atas tu.Itu merupakan biji buah strawberi yang kita kisar, dan automatik bijian tu berkumpul elok di permukaan puding..


PUDING STRAWBERI
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
Lapisan Atas:
1 3/4 sudu kecil serbuk agar-agar (4gm +-)
90gm gula pasir
500ml air
100gm buah strawberi | kisar
Sedikit pewarna merah

Cara:
1.Satukan serbuk agar-agar bersama gula.Renehkan hingga larut.Masukkan pula puri strawberi dan titiskan pewarna merah.Kacau sebati.Biarkan sebentar.Matikan api.
2.Basahkan acuan, kemudian tuang adunan ke dalamnya.Bekukan sebantar.ketepikan

Lapisan Bawah:
1 3/4 sudu kecil serbuk agar-agar (4gm +-)
100gm gula pasir
400ml air
150ml UHT whiping cream
1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
Sedikit garam 

Cara:
1.Satukan serbuk agar-agar bersama gula.Renehkan hingga larut.Masukkan pula whiping cream dan bancuhan tepung jagung.Kacau sebati.Matikan api.
2.Tuang / lapiskan ke atas adunan agar-agar strawberi tadi.Biarkan pada suhu bilik sebentar, barulah sejukkan dalam peti ais.
3.Hidangkan.

8 ulasan:

  1. Mbakyu... saurong bulan poso teko, aku arek belajar nggawe macem2 puding, dessert... bojoku orak keneng mangan mee kuning meneng (lepas sakit hari tu) sebab kalau bulan puasa hari2 dia nak buka dengan mee, apik temen pudingmu itu....

    BalasPadam
  2. comeynyer puding strawberry bentuk star ^^
    tun dh lama x beli strawberry.

    BalasPadam
  3. cantiknya puding ni Rohah..bak sikit nak rasa yang sedap2 dan cantik2 tuuuu

    BalasPadam
  4. amboiii2...comeiinye n cantik puding bintang tu...mesti sedap ni...

    BalasPadam
  5. Shedapppppnya Rohah cayangggg.... nak mintak dah habis.. tumpang ngencess aje ni hehehe...

    BalasPadam
  6. Selamat tghari kak rohah, wah sana sini nampak pudding, sedapnyaaa....acuannya pun comel, sesuai sekali dinikmati time cuaca panas skrg ni : )

    BalasPadam
  7. Slmt berhujung minggu Roha.ada nasi lemak halba dimkn dg ayam goreng berempah...sedapnya. puding strawberry..menarik bentuk star tu..dpt yg sejuk tu nyamannya....

    BalasPadam
  8. salam rohah...
    segar je nampak agar2.. dari sehari ke sehari nak buat agar2.. tp tak jadi2 gak lagi...

    BalasPadam