Redup dan mendung cuaca hari ni.Tapi biarlah redup wajah kita, sebaliknya janganlah pulak hati kita yang mendung!!! .Kalau mendung juga hati yang rajuk, cepat-cepatlah cari penawarnya ye..Kkk..terus ke menu mee goreng yang tak banyak "qarunnya", tapi tetap sedap dimulut saya...Tak caya??? hhehe, rasa dulu ye..
Resepi: rohaisha
Bahan-bahan:
450gm mee kuning | cuci & toskan
3 ekor sotong | hiris
1 labu bawang besar | bahagi 2, sebahagian hiris & sebahagian lagi dikisar
3 ulas bawang putih | hiris
1 biji tomato | kisar
2 tangkai cili merah besar | kisar
1 batang serai | ketuk
4 tangkai daun limau purut
1 kiub tomyam knorr
4 biji fish ball | hiris
2 batang fish cake | hiris
Sawi secukupnya | potong pendek
Sedikit air
Minyak untuk menumis
note:1/2 labu bawang besar, cili merah dan tomato dikisar bersama
Cara:
1.Tumiskan bahan kisar bersama serai hingga naik minyak sedikit, kemudian barulah masukkan hirisan bawang besar, bawang putih,kiub tomyam dan daun limau purut.Kacau hingga layu.Masukkan juga sotong.
2.Masukkan sedikit air, reneh sekejap.Masukkan mee, hirisan fish ball, fish cake dan batang sawi.Gaul rata untuk beberapa ketika.Taburkan sawi dan sebatikan.
3.Tutupkan api setelah mee masak.
nota:saya tidak masukkan garam dalam masakan mee ini, kerana masinnya sudah cukup seimbang kerana menggunakan kiub tomyam yang ada.
Salam Rohah..sedap mata memandang..sedap lagi kalau dapat merasa,ceh wahhh..cantik juga pinggan tu.I likeee.
BalasPadamwahhh pestime dgor..akk cnp resepi yer..nk buat utk sibujang kecik kt umah tue..:)terliurrr akk rohah:)
BalasPadamBetul kata ilham kreatif..sedap mata memandang sedap lagi kalau dapat merasa satu pinggan mee goreng tom yam..
BalasPadamsedapnya tgk mee goreng ni...lapar lak rasa..hehe
BalasPadamRohah cayang sedap sangat ni... kecurrr dah ni.. ada lagi tak?????
BalasPadamAs salam kak Rohah,
BalasPadamhehe...kira sy x terliur la sngt nie...sbb sy dah pun goreng mee pagi tadi...hehe... tp x plak letak kiub tomyam tu....next time bole cuba gak....:)
biasa buat bee hoon tom yam..lepas ni nk cuba mee pulak
BalasPadamwah sedap ni...nmpk myelerakan sggh la...kne buat jugak ni...kang kempunan lak nti...
BalasPadamSalam Rohah,
BalasPadamSaya nak tanya sikit ... mana perginya gambar2 mee goreng tomyam ni? Gambar semuanya tak nampak :)
terima kasi info resepnya
BalasPadam