Khamis, 3 Mei 2012

PERIA TUMIS TELUR



\
 Assalamualaikum dan selamat malam..
Siapa suka makan peria yang spesis besar? Ataupun suka makan peria katak??.Saya jarang sekali beli peria katak yang kecik2 tu.Tapi pria yang besar ni boleh katakan kerap...Cam biase saya suka masak peria tumis yang dipecahkan telur kesudahannya, memang like3 sesangat.. Sesimple yang mungkin..


PERIA TUMIS TELUR

Bahan-bahan:
1/2 biji peria | buang biji, belah dua & potong serong
5 ulas bawang merah | tumbuk
3 ulas bawang putih | tumbuk
4 tangkai cili padi merah | tumbuk
5gm ikan bilis | tumbuk
1 biji telur
Sedikit air
Garam secukup rasa
Gula secukupnya
minyak untuk menumis

Cara:
1.Tumbukkan cili padi, bawang merah, *bawang putih dan *ikan bilis (*tidak terlalu lumat).
2.Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
3.Masukkan sedikit air, biarkan mereneh sebentar, kemudian barulah dimasukkan peria.Tutup kuali untuk beberapa ketika agar peria lembut sedikit.
4.Perasakan dengan gula dan garam, pecahkan telur dan kacau sekadarnya.Biarkan seketika sahaja.
5.Tutup api dan sedia untuk dihidang.

13 ulasan:

  1. SAlam Rohah.. wahh ni lauk fav akak ni.. suka tauu.. tapi kat rumah ni akak sorang je suka.. yang lain tak.. kalau nak masak ni nak kena tunggu bonda ada baru masak.. sedapnya...

    BalasPadam
  2. salam rohah
    my fav tue peria katak..biasanya kita celur jew .pastu cicah sambal belacan..tu versi malas la kan..he hehee klu rajin akk wt cam rohah nie jgk..ratah2 jew..sedapp:)

    BalasPadam
  3. Salam kak rohah! mak kita suke betul masak peria dgn telur mcm ni letak santan :D pastu campur udang TAPIIIII kita ambik udang ajerr hihihi... sbb peria kita tak leh nk makan lagi sbb pahit kan? :D

    BalasPadam
  4. salam Rohah cayang, akak pun baru nak berkira2 nak masak peria jugak tapi mesti kena masak sayur lain utk bebudak sbb diarang tk reti nak makan yg pahit2 ni ngancam lah nampak,,

    BalasPadam
  5. lama akak tak makan peria ni sbb kat umah akak je sorg pun yg makan..tu yg jarang beli.teingin pulak rasanye...

    BalasPadam
  6. Assalam Dik Rohah.....bestnya sayur peria...dah lama tak makan...buat sendiri memeng tak pernah sebab kalau makan ni mesti kat rumah MIL...hehehe...kat rumah mana ada yang nak makan sayur cam gini...Akak tumpang kat sini ajelah!

    BalasPadam
  7. my peberet nie kak !
    suka sangat....:)

    BalasPadam
  8. Salam dear... wahhh peria goreng memang fav! walaupun pahit itulah yang terbaik.. makan dengan nasi lembik wahhh.. terus hilang mata hitam hehehe

    BalasPadam
  9. wah mmg sedap lauk peria ni...tp biase mak yg masak...lebih kurang mcm tu la...xpe la hrni tumpang mkn kt sini aje la...ade lg x...hehehe

    BalasPadam
  10. Salam Rohah.
    Peria ni bukan feveret sis....tapi kalau ada depan mata makan juga sikit2.

    BalasPadam
  11. Salam..sedap tu...lapar plak rase..dah lama tak makan peria macam tu =)

    BalasPadam
  12. Salam..

    Dolu masa kecik bila mak masak camni tak suka.Bila dah tua2..suka plak..yummynya peria masak camni..

    BalasPadam