Isnin, 30 April 2012

PAU KACANG MERAH




Salam petang ...
Lenguh juga menguli pepagi hari, tapi berbaloi..., habis sepagi itu juga pau yang aku gentel..Sukatan resepi Pau Kacang Merah ni saya ambil dari blog Rahel (ikut sukatan Pau Pulut Hitam), cuma saya gantikan pulut hitam dengan kacang merah, tapi intinya bukan kacang merah tau sebaliknya saya guna inti coklat.Inti coklat tu merupakan resepi topping untuk Kek Black Beauty Chocholate Cake.Mudah je kan, tak payah susah2 nak beli sebab cepat nak sediakan.



PAU KACANG MERAH
Adaptasi dari: Pau Pulut Hitam (sumber dari Rahel)
Sumber asal: Majalah Sedap

Bahan-bahan: 
225 tepung pau (saya guna tepung superfine/ halus)
50gm kacang merah kisar (Dicuci, toskan, jemur terlebih dahulu, kemudian kisar)
1 ½ sudu teh yis segera
15gm tepung susu
50gm gula kastor
1 putih telur
115 air sejuk dari peti sejuk
20gm shortening

Cara:
1.Campur tepung pau, tepung pulut hitam, yis, tepung susu dan gula kastor.Gaul rata.Tambahkan putih telur dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diuli hingga sebati.Tambahkan shortening.Uli sehingga elastic.Diamkan selama 30 minit.(Saya tutup doh dengan plastik wrap).
2.Kempiskan adunan.Timbang masing-masing 30gm.Bulatkan.Diamkan  selama 10 minit.Canai nipis.Beri inti.Bentuk bulat.
3.Alas dengan kertas minyak atau cawan kertas.Diamkan lagi selama 30minit.
4.Kukus selama 8 minit.

Inti coklat:
resepi:Chef Zubaidah
Sumber:Maklang, Yatie

Bahan inti coklat:
½ cawan serbuk koko
1 cawan gula
2 ½ cawan air
½ cawan tepung jagung
2 sudu besar marjerin/ butter

Cara:
Masuk semua bahan dalam bekas dan masakkan atas dapur dengan menggunakan api kecil, sentiasa dikacau.Bila dah siap sejukkan sebentar.




14 ulasan:

  1. sedapnya pau akak........
    Sy nak buat pau........terbuat ketayap pulak....sbbnya mlas nak menguli la...dan nak abiskan inti kelapa....jdila ketayap......
    Pau akak nmpk mabeles gitu !!

    BalasPadam
  2. Salam kak rohah :D cantek pulak ada titk2 kat pau tu :D plan nak buat pau tp malasnyer nak menguli sbb dah lama tak menguli gini ler jadinya ehehehe.... esok2 nanti boleh buat pau :D

    BalasPadam
  3. Kak Rohah.. mau dong pau nya, nampak gebu yah, cocok sekali temen nya minum teh.. ;)

    BalasPadam
  4. salam Rohah,aduiii terliur akak tengok pau tu bintik merah belum tengok lagi sebelum ni ke akak yg lambat loading hahaha apa2 saja yg ada kacang mmg fav akak lah minta lah sebiji pau tu Rohah cepat sikit dah tk sabaq ni hehe

    BalasPadam
  5. kak rohah.. mesti hebat pengisar akak tu kan, blh kisar kacang merah. tun baru je mengepau jugak, ada lg tgh frozen tu. tp kalau dpt inti coklat ni sedap jugak.

    BalasPadam
  6. sedapnya...dah lama tak makan pau.1st time tgk pau color mcm ni...cantik.
    Biasa tgk dan makan pau color putih aje.

    BalasPadam
  7. SAlam Ukhwah dari sha... wahhhhh sedapnya.... kecur dah ni.... sungguh cantik dan nampak menyelerakan...suka!

    BalasPadam
  8. Assallamualaikum Rohah..

    Rajinya menguli guna tangan. Naz kalau takat doh pau ni, mmg uli guna mixer jer..hehehe.. Malas den nak uli guna tangan. Kang naik lak muscle kat lengan ..hahahaha...

    Inti pau Rohah tu menggiurkan lah..

    BalasPadam
  9. Waw...menawan sungguh pau kacang merah itew...idea yang bagus kak...boleh dipelbagaikan..mesti sedap..

    BalasPadam
  10. kalau kisar tu maknanya halus mcm tepung ke? rupanya mcm2 boleh dipelbgaikan pau kan kana. nampak elok gebu je tu. :-)

    BalasPadam
  11. salam rohah...tahniah..berjaya hasilkn satu lg variasi pau...akak maleh nk main kukus2 musim paneh ni..dapo tu nnti cam sauna plak..hahaha

    BalasPadam
  12. wahhh rajinnya berinovasi..janji sedap kak rohah..:)

    BalasPadam
  13. Rajin laa pulak dia mengepau..meh seketul 2 nak bawak balik makan taim ujan2 ni sedap gak!Nampak gebuss laa.. ^_^

    BalasPadam
  14. sangat menggugah....Selalu ciptakan kreasi makan terbaru. sukses

    BalasPadam