Isnin, 16 April 2012

GARLIC FINGER BREAD, MUSHROOM SOUP & GARLIC BUTTER SPREAD





Assalamualaikum..
Bila jenjalan kat dapur ijayuji, terpaut sudah saya dengan set hidangan roti yang lengkap macam kita makan kat Pizza Hut tu..Memang bertambah berbunga2 hati saya nak buat roti nie.Kompom sedap lah kan, bayangkanlah je kita makan roti bawang putih kat tempat yg mcm saya sebut kat atas tadi.Sedapkan!!..Yang pastinya anak2 saya mmg suka roti ni.Memang tak meleset jangkaan saya nie, baru kuar oven dah ada yang tak sabar nak makan..alhamdulillah.
Ada juga anak saya kata ,"tapi roti ni tak macam jejarilah ummie, macam 'mouse' komputer"..ekehkeh..mmg tergelak juge, sbb sy tgk kejadian roti yg sy gentel ni pun mmg serupa itu.Sebelum anak saya kata mcm tu, hati sy dah awal2 berkata begitu sebenarnya..Apapun yg pastinya saya suka n puashati apa yg dah saya buat.Mmg saya suka bentuknya..Alhamdulilah naik cantik kejadiannya, yang lagi penting yang nak saya katakan ialah "kesedapannya"...Tq buat ijayuji atas kesudian beliau memanjang resepi roti n set pelengkapnya..Macam nak buat lagi jerrr rasanya.....
Untuk resepi asal rotinya bolehlah terjah di sini ye, dari blog DAILY DELICIOUS.
Boleh juga lihat sumber yang telah di catat oleh ijayuji ini.Menurut ijayuji idea yang diterapkan adalah dari dapur Izah.
Apapun di sini saya hanya kongsikan terjemahan untuk doh roti dalam versi bahasa melayu sahaja sepertimana yang ada pada blog ijayuji.Untuk skrip resepi asalnya bolehlah dirujuk kat link yang saya selitkan di atas tadi yerr..



GARLIC FINGER BREAD
Resepi asal:DAILYDELICIOUS
Sumber:ijajuji

Bahan-bahan untuk doh:
270gm tepung roti
30gm tepung kek
5gm garam
2 sudu teh serbuk yis
50gm gula
30gm mentega unsulted
100gm susu segar suhu bilik
1 biji telur
80gm air suhu bilik


Cara-cara:
1.Satukan telur, air dan susu segar,kacau sehingga sebati.
2.asukkan tepung,  gula dan serbuk yis ke dalam mangkuk, dengan menggunakan whisk satukan sehingga sebati, kemudian masukkan garam dan sebatikan kembali dengan whisk.
3.Tuangkan campuran telur, air dan susu tadi ke dalam mangkuk yang berisi bahan-bahan  kering yang telah sebati tadi.
4.Dengan mengunakan pastry scraper atau menggunakan tangan pun ok dan uli sehingga semua bahan-bahan tadi sebati.
5.keluarkan doh dari mangkuk dan mnguli seperti biasedi atas papan pencanai ataumeja yang bersih,dalam masa 2 minit menguli doh akan menjadi elastik.
6.tambahkan pulamentega,dengan mnggunakan bahagian tapak tangan, teruskan menguli dengan menekan ke hadapan dan balikkan kembali, ulang cara menguli yang sama selam 10-15 minit atau sehingga doh betul-betullembut dan sedikit berkilat.Doh ini agak melekit, jika itu terjadi tambahkan tepung lebih kurang 1-2 sudu besar.(saya lebihkan lagi/ bergantung pada melekitnya tepung).
7.boleh lihat cara-cara menguli bergambar di blog DAILYDELICIOUS.SINI.
8.Letakkan doh yang siap di uli tadi kedalam mangkuk yang telah digriskan dengan sedikit mentega,tutup dengan menggunakan cling wrap dan tuala lembapn dan penaikkan doh 2 kali ganda lebih kurang 45 minit atau 1 jam.Seelok-eloknya doh diletakkan ditempat yang suhunya agak-agak warm.(saya masukkan dalam oven yang di 'on' kan suiz & lampunya).
9.Tumbukkan perlahan doh tadi untuk mengeluarkan angin dan kelurkan doh dari dalam mangkuk.
10.Bahagikan doh beberapa bahagian dan bulat-bulatkan, buat sehingga habis dan rehatkan doh selama 10 minit dalam keadaan bertutup dengan tuala lembap, kemudian bolehlah dibentukkan mengikut citarasa masing-masing atau boleh diletakkan inti atau sosej.Buat sehingga habis dan naikkan doh kembali selama lebih kurang 45 minit atau 1 jam.Sapukan bahagian atas doh yang telah naik tadi dengan bancuhan telur dan susu segar, sapu di atas doh yang telah naik tadi sehingga habis.Untuk mendapatkan permukaan roti yang berkilat boleh menggunakan 2 cara:Pertama, 5 minit baki waktu membakar untuk habis, boleh sapukan kembali sapuan egg wash tadi sehingga rata.Buat sampai habis dan sambung membakar sehingga roti masak.Keduanya:Selepas roti dikeluarkan dari oven, dengan segera bolehlah disapukan dengan mentega untukkelihatan berkilat, selamat mencuba!.
*So,untuk buat garlic bread boleh sapukan garlic butter spread tadi di atas roti yang telah naik tadi.



          Sebelum  dibakar                         Selepas  dibakar
__________________________________________________

Memang sinonim benar garlic bread kalau bergandingan dengan mushroom soup.Sedap betul sup ni, puas menghirup dan mencicah ngan rotinya.Tak percaya?? Rasalah dulu..Mudah je nak buatnye...



MUSHROOM SOUP
Resepi asal:MINAMI SAN MyR
Sumber:ijayuji


Bahan-bahan: (6 orang)
1 keping dada ayam
1500ml air
500ml susu segar
1 ketul kiub ayam (saya guna 2 kiub)
1 tin kecil cendawan butang
Garam
Secubit ajinonoto (saya tak letak)
1 cawan tepung gandum (saya guna 1/2 cawan)


Cara:
1.Potong ayam kecil-kecil.Masukkan ayam dan air ke dalam periuk.Rebus sehingga masak.
2.Masukkan susu dan kiub ayam .Masak guna api yang perlahan.Masukkan mushroom.
3.Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat.Tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap untuk dihidang.Sedap di makan dengan roti.




__________________________________________________






Untuk resepi Garlic Butter Spread ni pun saya tulis dalam versi bahasa  melayu juga ye..Untuk sumbernya bolehlah lihat kat sini.


GARLIC BUTTER SPREAD
Resepi asal:Steve (Jamie Oliver Forum)
Sumber:ijayuji


Bahan-bahan:
4  sudu besar mentega atau marjerin
1 sudu bawang putih yang telah diketuk dan dicincang halus.
2 sudu teh oregano kering
1 sudu kecil garam atau kurang
1 sudu kecil lada sulah
*tambahan; boleh campurkan dengan serbuk parmesan juga


Cara:
Satukan semua bahan-bahan di atas sehingga sebati dan boleh digunakan untuk sapuan atas roti, lebihannya boleh disimpan dalam peti ais dan boleh digunakan kembali.



8 ulasan:

  1. ingat lagi hari tu saya buat 500gm tepung. habiss..memang laku roti ni. :-)

    BalasPadam
  2. sedapnya rohah..kita pun suka garlic bread...sabar je la tengok roti ni...kita puasa lak hari ni..huhuhu

    BalasPadam
  3. Brsunnguh tu Izah,
    Apapun sedap sangat, so cepat je lah licin kan..Akak pun mmg dah target anak2 nak makan, sbb kalau makan kat pizza hut berebut sakan..

    BalasPadam
  4. quinnie,
    mmg terbaik roti nie..
    hehe...sabar, sabar quinnie, semoga selamat ke penghujungnya ibadah puasanya..moga mndapat keberkatan..

    BalasPadam
  5. sedapnya rohah..bak mai seketui..asal rajin sgt nie..:)

    BalasPadam
  6. Salam Rohah.sedapnya roti fresh dr oven...cicah pula dg mushroom sup.resepi mushroom sup minami ni mmg sedap...kalau kat rumah mmg bertambah anak2 mkn...

    BalasPadam
  7. Sedap tak terkata kak Zila,
    dah abislah kak..tak toleh kiri kanan time makan roti nie, syok ngadap ...

    BalasPadam
  8. Betullah k.Mamasya, panas2 mengadap baru puas makan kan..

    BalasPadam