Jumaat, 13 April 2012

BINGKA SUJI WARISAN



Salam di penghulu segala hari, semoga sahabat semua dalam lindungan Allah dan sentiasa mendapat hidayahNya.Gara-gara belum puas makan bingka suji minggu lepas, buat kali keduanya saya buat lagi bingka ni, tapi dengan resepi yang lain iaitu resepi dari blog Dapur Tanpa Sempadan.Lemak sungguh rasa bingka ni walaupun tidak menggunakan santan.Enak sahaja bila dikunyah dalam mulut.Mehlah kita ronda-ronda resepinya ya..



BINGKA SUJI WARISAN
Sumber:Che Mat Gebu

Bahan-bahannya:
150gm suji @ semolina
140gm gula halus
125gm susu cair carnation
100gm susu pekat manis
80gm tepung gandum
575ml air
1 camca teh pewarna makanan lemon yellow
3 biji telur gred B (saya guna 2 biji telur )
1/4 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
125gm mentega
Bijan untuk ditabur

Cara membuatnya:
1.Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius, lenser tin 4 segi berukuran 8"x8"x3" dengan mentega, alas dasar tin dengan aluminium foil, biar lebih sedikit pada bahagian kiri dan kanan tin, tujuan agar senang mengalihkan kuih bila masak nanti.Lenser juga aluminium foil  tadi.Ketepikan. (Saya hanya lenserkan loyang dengan butter)
2.Dalam satu bekas, masukkan telur, garam dan gula halus, kacau rata hingga gula hancur.Tuang susu pekat manis dan suji @ semolina, kacau hingga semua rata.Tuang susu cair, air dan tambah pewarna lemon yellow.Kacau hingga sebati.Tambah tepung sedikit demi sedikit dan kacau guna whisk hingga rata dan tidak berbintil2.
3.Tuang dalam periuk dan panaskan atas dapur dengan api kecil, terus mengacau hingga adunan kelihatan pekat.Padamkan api.Masukkan mentega dan esen vanila.Terus mengacau hingga mentega cair dan sebati dengan bancuhan tadi.
4.Tuang dalam tin, ratakan dan tabur bijan rata-rata atasnya.Kalau nak tabur sedikit bijan hitam macam Mat buat tu pun boleh.Bakar selama 45-50 minit.Kemudian bakar 5-7minit lagi, tapi guna api grill sahaja untuk memerangkan sedikit permukaan bingka suji tadi.Biar kuih betul-betul sejuk, baru potong dan hidangkan.




12 ulasan:

  1. Selamat malam Kak Rohah,dah tido ke ni? gue singgah skejap jer..nak intai2 bingka suji..kot2 ada lg..bole tapaw tuk sarapan esok..hihihi..

    BalasPadam
  2. salam Rohah,cantik nampaknya bingka suji tu ada lagi tak ni akak nak minta sepotong dua boleh ke hehee

    BalasPadam
  3. waalaikumussalam kak Noor,
    Udah licin kak,suami suka..alhamdulillah selesai.So Kak Noor dapat tataplama2 jew nampaknyerr..ehee

    BalasPadam
  4. waalaikumussalam Rahel..
    lom tido lagi..baru je kemas dapur n sambil2 ngadap lappy..Ala..dah finish la Rahel,so esok kita sarapan menu lainlah ye..

    BalasPadam
  5. bayak jugak blog yg dah buat bingka ni. saya membayangkan kesedapannya. sebab suji ni buat kek pun sedap buat kuih talam pun sedap kan

    BalasPadam
  6. Pagi Kak Rohah,,masih ada ngga bingka nya, enak nih sama teh hangat..nyam..nyam

    BalasPadam
  7. Assalam.. menareknyer Rohah.. akak mohon untuk cuba nanti yer..

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Rohah,
    rajin buat bingka ye, teringat masa tinggal bersama keluarga, bonda rajin buat adunan bingka, dulu tak ada dapur gas, tak ada oven....atas bawah guna bara.... sedap makan kerak tepi-tepinya tu...rangup!

    BalasPadam
  9. Izah,
    Sedap sesangat tau, bingkani kurang manis,mmg terbaik utk resepinya..

    BalasPadam
  10. Owh Melly..dah habis licin..semalam buat lagi satu lyang, alhamdulillah habis juga.mmg enak mbanget.

    BalasPadam
  11. waalaikumussalam Kak Sheila..
    tq, menu terbaik saya rasa, nti akak bolehlah try..lemak2 giteww..

    BalasPadam
  12. Kak amie,
    org dulu2 mmg kuat semangatkan..sanggup buat walaupun tak semudah sekarang.kalau guna bara keraknya lagi enak, harumnya pun up sikit..

    BalasPadam