Khamis, 26 April 2012

APAM KACANG MERAH




Salam..
Bagi penggemar apam bolehlah cuba buat apam kacang merah  ni.Terhasilnya disebabkan teringin nak rasa apam versi kacang merah.Lebih kurang macam buat apam pisang je..Jenguklah resepinya kat bawah tu ye..



APAM KACANG MERAH
oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
1 cawan kacang merah | cuci, toskan, jemur dan kisar halus
1 cawan tepung gandum* | ayak
1 sudu kecil baking powder* | ayak
1/2 sudu kecil soda bikarbonat* | (*)ayak bersama
2 biji telur
3/4 cawan gula halus
1/2 cawan minyak masak
3/4 cawan santan | sederhana pekat
Sedikit pewarna merah

Cara:
1.Ayakkan tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat.
2.Satukan telur dan gula, kacau menggunakan whisk.
3.Masukkan santan berselang seli dengan tepung dan kacang merah kisar, kacau rata.
4.Titiskan sedikit pewarna merah.Masukkan minyak dan sebatikan.
5.Didihkan air dalam periuk kukusan, kemudian panaskan acuan yang sesuai untuk beberapa minit.
6.Sapukan acuan dengan minyak, kemudian masukkan adunan secukupnya.Kukus selama 20-25 minit.













13 ulasan:

  1. salam rohah
    wahh bagus nie..akk suka kacang merah..boleh diapamkan yer..nk kena cuba..thnks resepi..

    BalasPadam
  2. Salam kak rohah! kacang merah kita suke sgt2! kalau buat apa2 pun sedap, tp inti kacang merah kita kurang sikit, cuma dulu2 kita berhantu sikit kalau namanyer inti kacang merah ni, sejak2 dah tua niii kan hihihi... inti kacang merah dah kurang minat tp kalau bubur kacang merah ke apa2 selain inti kacang merah kita suke :D

    BalasPadam
  3. salam Rohah tergoda lah dengan apam tu dah terasa kat mulut akak ni adeeeiiii sedappp nye

    BalasPadam
  4. amboiii kemain comel lagi kuih apam ni...luv2 lg...nmpk pon sedap tu...

    BalasPadam
  5. Assallamualaikum Rohah..

    Cantiknya apam diaaaa.... Cun laa...

    BalasPadam
  6. salam kak mmg menarik le apam ni cam nak rasa pulak..kejadiyan pun lawa naik gebus...:-)

    BalasPadam
  7. assalam rohah ,nampak nantik tapi malasnya nak merebus kacang tu ,kalau guna yg red beans paste tu kalernya tak cantik

    BalasPadam
  8. salam kak...mmg nmpk menarik apam ni, gebu lagi..kaler pun cantik...

    BalasPadam
  9. Salam Rohah.alahai comeinya apam kacang merah tu....menarik. ingatkan guna kacang merah rebus rupanya sebiji2 dikisar jadi tpg ya....

    BalasPadam
  10. aslmkum rohah.. waaa.. rspi baru ni .. apam kacang merah.. kreatif.. cantik warnanya..

    BalasPadam
  11. cantiknya apam kcng merah ni, ingatkan guna kcng merah rebus...rupanya tak ya..tq berkongsi resepi..leh cuba ni..gebu je apam ni...

    BalasPadam
  12. As'salam Rohah ....

    Eermmm ... sedapp nyer tengok apam kacang merah Rohah tuu. Nak rasa...???
    hehee

    BalasPadam
  13. terbaekkk !!
    t.kasih berkOngsi resipi ..
    mudah2an bertambah murah rezeki nya .. AAMIIN

    BalasPadam