Khamis, 1 Mac 2012

SOTONG SUMBAT TAUFU BERKUAH




Assalamualaikum..
Selamat bersiaran di waktu petang yang cerah ceria...
Santapan yang nak dikongsikan ialah Sotong Sumbat Taufu Berkuah.Sotong yang dibeli ni memang besaaaar sangat, jadi saya dapat inspirasi yang dirasakan sesuai untuk menjadikan sotong ni  sebagai sotong sumbat.Resepi terhasil berdasarkan bahan-bahan yang ada kat dapur ni je..


Ni lah sotongnya, yg saiz besar punye..



SOTONG SUMBAT TAUFU BERKUAH
Resepi: rohah_rohaisha

Bahan-bahan:
3 ekor sotong bersaiz besar | dibersihkan
1 paket taufu | dihancurkan sedikit (bergantung juga pada jumlah sotong)
1 biji telur
Sedikit daun ketumbar | cincang halus
Sedikit serbuk lada hitam
1 tangkai cili merah | buang biji dan potong dadu kecil
Garam
Lidi untuk mengepil sotong


*jika guna sotong yang kecil saya syorkan kurangkan penggunan taufu (kena agak2 jugelah), takut berlebih saja nanti.

Cara penyediaan:
1.Panaskan kukuskan dan didihkan air.
2.Satukan taufu lembut, telur, cili merah, serbuk lada hitam bersama garam.Kacau menggunakan whisk.
3.Sumbatkan bahan yang digaul tadi ke dalam sotong dan kepilkan hujung badan sotong menggunakan lidi agar isi yang disumbat tidak keluarkan.
4.Susun sotong ke dalam loyang yang sesuai secara menegak sedikit agar isinya tidak terkeluar.
5.Kukus selama 15-20  minit dan toskan.
6.Potong sotong dan ketepikan.

Bahan Kuah/Sos:
½ biji bawang Holland | cincang
2 ulas bawang putih | racik
2cm halia | racik
2 sudu besar mayonis
1 sudu kecil rempah kari
¼ sudu kecil serbuk kunyit
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 cawan susu segar (jika suka kuah/sosnya agak pekat kurangkan yg ni)
4 biji limau kasturi | ambil jusnya

Cara  penyediaan:
1.Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga layu.Kemudian masukkan serbuk kunyit, rempah kari dan daun kari.Kacau hingga pecah minyak sedikit.
2.Masukkan pula susu segar dan mayonis.Renehkan.
3.Setelah mendidih, perasakan sos dengan gula dan garam secukupnya diikuti serbuk lada hitam.Perahkan pula jus limau ke dalamnya dan matikan api.
4.Siramkan kuah/sos ke atas sotong yang telah dipotong dan hidangkan.


2 ulasan:

  1. nmpk sedap la sotong sumbat ni...

    BalasPadam
  2. Tq Qasey, sedap Qasey..akak suka kalau kuahnye pekat, tp sebab kesian kat anak2, so akak lebihkan kandungan susu segarnya..

    BalasPadam