Assalamualaikum...
Apa khabar semua..Didoakan anda semua ceria di malam minggu yang indah permai ni..Saya sebenarnya sedang menanti kunjungan tetamu yang dikatakan bakal kunjung tiba walaupun malam sudah melabuhkan tirainya.Ting Tong, jam kat dinding tepat sudah pukul 12.00 tgh malam..Mane duhai tetamu ku ini??? Belum sampai2 lagi...Aku setia menanti...sesat ke?? mungkin tidak..Mereka ialah rakan-rakan2 sekolah rendah semasa kat kampung dulu..
Cake ini memang dah diplan untuk dibuat jumaat petang semalam.Kebetulan salah seorang rakan menyatakan hasratnya untuk buat program ziarah menziarahi start petang sabtu..Memang padan sangatlah, sekurang2nya ada tetamu yang nak jamah..So misinya alhamdulillah berjalan lancar..Inilah hasilnya.Sebenarnya daku teringan sangat nak merasa kek tiramisu...Dapat juge beri kat jiran sebelah rumah..Camne kak ngan rasa kek ni?? komen la sikit!!! Sedap tak..Hehe..moga my neighbour kat sebelah rumah ni dapat membaca blog saya ni...
TIRAMISU CAKE
Sumber resepi:Mariana Osman
Bahan-bahan untukTiramisu Filling:
500gm Mascarpone Cheese (saya guna cream cheese)
125gm gula aising
500gm whipping cream
2 sudu kecil esen vanilla
20gm gelatin
80gm air panas
Biskut tiramisu (lady fingers) secukupnya
Sedikit serbuk koko sebagai taburan di atas kek nanti
Bahan-bahan untuk Coffee Syrup:
4 sudu besar serbuk Nescaffe (saya guna Indocafe Coffemate)
250gm air panas mendidih
4 sudu besar gula kastor
Cara membuat Tiramisu Filling:
1.Kacau gelatine dengan sedikit air panas (kacau>larut).Ketepikan.
2.Pukul whipping cream bersama esen vanila menggunakan whisk (soft peak).
3.Dalam bekas lain pukul mascarpone cheese dengan gula aising (pukul lembut).
4.Masukkan aduan cheese dalam whipping cream tadi.
5.Pukul lagi pada kelajuan kecil.
6.Masukkan bancuhan gelatine dan pukul lagi.Ketepikan dulu.
Cara membuat cake:
1.Celupkan lady fingers sekejap dalam coffee syrup.
2.Susun lady fingers dalam springform cake pan (saiz 9").
3.Masukkan adunan cheese tadi.
4.Lapiskan dengan lady fingers lagi.
5.Tuang adunan cheese.
6.Simpan dalam peti sejuk semalaman.
7.Bila kek sudah keras, taburkan dengan serbuk koko.
8.Hias ikut kreativiti masing-masing.
Assalamu'alaikum roha..
BalasPadamhihihi.. dun wori.. dah baca dah.. akak kan mmg pengunjung setia blog nie.. silent reader la konon2nya..
Alhamdulillah mmg sedap teramatlah sedap tiramisu yg roha buat tu.. pg2 sebelum sarapan pun dah carik tiramisu nie dulu.. t.kasih bnyk2 yea.. kenyang akak makan nie..
Sarapan benda yg sama nampaknye kita ari ni..sepotong kek ni ngan mee kari saki baki utk tetamu malam tadi...mmg saya buat ikut saiz loyang asal, mmg dah niat nak bagi akak rasa..
BalasPadamLupa nak jawab salam.."Waalaikumussalam"..
BalasPadamSalam Kak Rohah,betul2 menawan hatiku...Tiramisu Cake...walllaaaaa..
BalasPadamWaalaikumussalam...Kalau begitu Ratu Kek mesti kena buat n pasti menjadi..Wallahhh..sedapnye kek ni Rahel,tak tipu..hehe
BalasPadamAs'salam kak, tgk pun dah nmpk sedap. Nk cuba buatlah tp kena tggu mood rajin dlu...huhuhu
BalasPadamWaalaikumussalam....Sedap tau Fareda, asyik buka fridge je gamaknye kalau kek ni masih ada kat dalam tu.Selamat mencuba,,
BalasPadam