Assalamualaikum..
Semangat menalam memang tak pernah lekang walaupun kerja-kerja menalam ni jika silap/terlebih sikit letak bahan cecair (air/santan), kejadian talam tak berapa nak menjadi dan sebagainya.Percubaan kedua buat seri muka delima yang saya rasakan terlalu enak dijamah, memang tak rugi untuk dicuba.Resepi adalah sumbangan Chef Asma dan saya dapatkannya dari majalah SAJI.Terima kasih Chef Asma...
TALAM SERI MUKA DELIMA
Resepi:Chef Asma (Majalah SAJI)
BAHAN LAPISAN BAWAH:
Bahan A:
500gm beras pulut
250ml santan pekat
300ml air
2 sudu kecil garam
Bahan B:
20gm sagu kecil |direndam dengan pewarna merah jambu dan tos
CARA MENYEDIAKAN:
1.Rendamkan pulut sekurang-kurangnya 4 jam (saya rendam 11/2 jam)
2.Basuh hingga bersih dan toskan
3.Kukus bahan A selama 30 minit atau sehingga pulut masak
4.Apabila pulut masak gaulkan dengan bahan B.Kemudian masukkan pulut ke dalam loyang 10in x 10in x 3in yang dilapik dengan plastik 15in x 15in.
5.Tekan pulut sehingga padat dan sapu sedikit bahagian atas dipermukaan pulut.(Supaya apabila dipotong,lapisan atas dan bawah tidak terpisah).
BAHAN LAPISAN ATAS:
Bahan A:
300gm gula kastor
100gm tepung kastard
400ml santan
400ml air
Bahan B:
3 biji telur (dipukul rata).
Sedikit pewarna kuning
1/8 sudu kecil perisa vanila
1/2 sudu kecil garam
CARA MENYEDIAKAN:
1.Satukan bahan-bahan (A), kacau rata dan masukkan bahan-bahan (B), kacau hingga sebati.
2.Tapis kedalam periuk dan masak sehingga naik wap.
3.Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
Note dari SAJI:
Jika menggunakan tepung kastard bahagian atas, jangan dimasak terlalu pekat kerana akan mengakibatkan permukaan tidak cantik.Sejukkan setiap talam pada suhu bilik selama 4 jamseblum dipotong.Talam yang dimasak sebelum dikukus lambat basi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan