Jumaat, 10 Februari 2012

PUDING KRIM




Assalamualaikum..
Merasai pencuci mulut yang begitu lemak, sedap di makan santai...Penyediaannya juga mudah dan sekejap je siap...Langsung tidak mengandungi air tambahan, kecuali cecair krim dan susu sejat semata-mata.Memang pekat diapunya rasa..Nak tahu camne rasanya??, bolehlah mencubanya..




PUDING KRIM
Resepi:Khairul Razleen (majalah SAJI)

Bahan-bahan:
300ml krim masakan
300ml susu cair/ segar
150gm gula perang
2 biji telur
1 sudu besar esen vanila
20gm serbuk agar-agar

Cara menyediakan:
1.Pukul telur sehingga kembang dan ketepikan.
2.Satukan bahan-bahan lain dalam periuk an renehkan sehingga mendidih.
3.Matikan api dan tuangkan telur.Kacau sebati.
4.Masukkan dalam bekas.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan