Jumaat, 10 Februari 2012

PIZA HAWAIAN



Assalamualaikum...
Ahaa..ni dia sebiji lagi pizza yang saya buat sekali dengan PIZA SOSEJ DAGING..Jadi dapatlah rasa 2 jenis sekali..(time rajin bolehlah cakap..hahha).Time malas dapur tak berasap langsung..


PIZA HAWAIAN
Resepi:Noraini Zakaria (Kompilasi Hidangan Berkeju)
Diolah oleh:Rohaisha

Bahan-bahan untuk:-
4 keping roti piza
1 cawan sos pasta

Bahan doh:
600gm tepung roti (high protein flour)
200gm tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil pemntap roti (bread improver)1
1 peket (11gm) yis segera Mauripan
2 sudu besar gula halus

Bahan A:
650ml air sejuk
1 sudu kecil garam halus


Bahan inti:
4 ketul sosej ayam/ daging | dihiris nipis
1 biji bawang besar | dihiris
1 biji cili benggala    | dihiris
1 tin kecil kiub nanas
250gm keju Mozarella (saya kurangkan)
1cawan sos pasta

Cara menyediakan:
1.Satukan bahan doh dalam mangkuk adunan.Buat lubang ditengahnya dan tuang bahan A.Uli doh dengan tangan atau mesin hingga lembut.
2.Tutup doh dengan kain lembap.Biarkan doh naik dua kali ganda selama 45 minit.(saya perap doh selama 3 jam.Uli 1 kali dalam tempoh satu jam pertama kemudian teruskan memerap).
3.Kemudian tumbuk doh bagi mengeluarkan anginnya.Uli sebentar hingga lembut.
4.Canai doh bentuk bulat dan biarkan naik selama 20 minit.Bakar hingga setengah masak selama 15 minit.
5.Sapukan sos pasta dipermukaan roti piza. (saya bakar 10 minit je)
6.Susun sosej, cili benggala dan nenas.Taburkan keju mozarella.Bakar dalam ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius.

nota rohaisha:saya taburkan lagi tepung secukupnya untuk melicinkan lagi doh supaya tidak melekit.




2 ulasan:

  1. Kak Rohah,dari tadi lagi Rahel telan2 liur je tengok pizza ni..nampak sangat kejunya..meleleh..adoii..

    BalasPadam
  2. Tang keju tu memang tak tertahan godaannya..bila potong piza ni ada yg menjeling2,part mane yg ada banyak keju.Silap haribulan mak n anak tak nak mengalah..

    BalasPadam