Selasa, 7 Februari 2012

DONAT LABU




Assalamualaikum..
Bersua dan bersiaran lagi saya di sini...Bersemangat saya men'donat' di petang isnin ni coz nak habiskan baki labu yang sudah terperap lama dalam fridge.Takut membusuk, membazir pulak nanti..Resepi membuat DONAT LABU ni saya ambil sukatannya sebagai rujukan dari resepi DONUT PISANG MINI.Ternyata lembut sangat strukturnya, maybe ada kene mengena dengan kandungan labu yang ada di dalamnya..Laku betul donut yang saya buat ni, habis dijamah oleh cik abang n anak2.Alhamdulillah..

 


Di bawah ni, saya telah tuliskan sukatan resepi asal juga diikuti olahan sukatan yang telah saya buat untuk resepi DONAT LABU.

Resepi asal: DONAT PISANG MINI (majalah SEDAP)

Bahan-bahan: 44 ketul  / resepi asal
300gm tepung gandum protein tinggi
125gm tepung gandum
15gm susu tepung
1/2 sudu teh serbuk penaik
1 1/2 sudu teh (6gm) yis segera
30gm gula pasir
200gm pisang emas, kisar halus
1 biji telur
135 ml air sejuk
1/8 esen pisang
35gm marjerin
1 sudu teh garam
Minyak penuh untuk menggoreng

Bahan Topping:
250gm coklat masakan putih, cairkan
1/2 sudu makan serbuk koko untuk taburan

Cara membuatnya:
1.Campurkan kedua-dua tepung gandum, marjerin, susu tepung, serbuk penaik, yis segera dan gula pasir.Kacau rata.Masukkan pisang emas dan esen pisang.Uli rata.
2.Masukkan telur dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang licin.Masukkan garam.Uli sehingga elastik.Biarkan selama 15 minit.
3.Kempiskan adunan.timbang setiap bahagian adunan seberat 20gm.Bulatkan.Biarkan selama 10 minit.
4.Leperkan adunan.Bentukkan bulat lagi.Lubangkan tengahnya.Letakkan di loyang yang telah ditabur nipis tepung gandum.Biarkan selama 45 minit sehingga benar-benar kembang.
5.Goreng dalam minyak yang penuh yang telah dipanaskan di atas api sederhana sehingga masak.Sejukkan.
6.Celupkan atasnya dengan coklat masakan putih cair.taburkan nipis dengan serbuk koko.

Di bawah ni adalah resepi yang telah saya olah sukatannya menjadi separuh adunan:

DONAT LABU
Resepi:Adaptasi resepi DONAT PISANG MINI (majalah SEDAP)
Di olah oleh:Rohaisha

Bahan-bahan: sukatan separuh adunan dr resepi asal /19 ketul  
150gm tepung gandum protein tinggi 
62.5gm tepung gandum (saya tambahkan lagi semasa menguli mengikut keperluan)
7.5gm susu tepung (saya tak letak)
1/4 sudu teh serbuk penaik
3gm yis segera
15gm gula pasir
100gm labu | yang telah  direbus dan kisar halus
1 biji telur
67.5 ml air sejuk (saya guna susu segar sejuk)
17.5gm marjerin
1/2 sudu teh garam
Minyak penuh untuk menggoreng

Bahan Topping:
125gm coklat masakan putih, cairkan
1/2 sudu makan serbuk koko untuk taburan

Cara membuatnya:
1.Campurkan kedua-dua tepung gandum, marjerin,susu tepung, serbuk penaik,yis segera dan gula pasir.Kacau rata.Masukkan pisang emas dan esen pisang.Uli rata.
2.Masukkan telur dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang licin.Masukkan garam.Uli sehingga elastik.Tutupkan dengan plastik wrap.Biarkan selama 25 minit.
3.Kempiskan adunan.Biarkan selama 5 minit.
4.Leperkan adunan.Bentukkan dengan acuan donat.Letakkan di loyang yang telah ditabur nipis tepung gandum.Biarkan selama 50 minit sehingga benar-benar kembang.
5.Goreng dalam minyak yang penuh yang telah dipanaskan di atas api sederhana sehingga masak.Sejukkan.
6.Celupkan atasnya dengan coklat masakan putih cair.taburkan nipis dengan serbuk koko.

nota dari Rohaisha:Saya telah tambahkan tepung gandum secukupnya semasa menguli kerana adunan dari resepi asal masih lembik strukturnya.


2 ulasan: