Rabu, 7 Disember 2011

NASI KETUMBAR

Assalamualaikum...
Tetiba terfikir satu idea nak buat nasi menggunakan ketumbar biji..Hasilnya tak sia-sia insyaAllah...Bagi saya memang sedap; oleh aroma rempah yg ternyata asli...

NASI KETUMBAR
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras | basuh dan toskan
  • Air secukupnya
  • 3 ulas bawang merah | hiris halus
  • |n
  • 2 ulas bawang putih | hiris halus
  • 4 inci halia | hiris besar
  • 2 sudu besar ketumbar biji | basuh dan tumbuk sederhana lumat
  • 1 bunjut sup
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 sudu besar planta
  • 2 sudu planta
  • Garam secukupnya

Cara menyediakan:
1.Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia menggunakan planta hingga layu.Kemudian masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan biji ketumbar yang telah ditumbuk.Kacau.
2.Selepas itu masukkan beras dan sup bunjut.Masukkan air secukupnya bersama garam dan kacau.
3.Tanak nasi hingga masak.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan