Jumaat, 16 Disember 2011

LASAGNA AYAM



Assalamualaikum...
Dah lama berangan-angan nak buat lasagna nih sebenarnya, tapi baru semalam tercapai hajat tu..alhamdulillah..dapat gak rasa macammane makanan ala Itali ni.Sedap memang sedap, iyelah, kisahnye banyak keju dalam masakan ni kan..


~LASAGNA AYAM~
LASAGNA DAGING
Resepi:Noraini Zakaria (Kompilasi Hidangan Berkeju)

Bahan-bahan:
6 keping lasagna segera (saya celur sekejap bagi kembang)

Bahan inti:
400 daging kisar (saya guna ayam kisar)
200gm keju Mozarella
2 biji tomato| potong dadu
1/2 batamg lobak merah | potong dadu
3 sudu besar minyak masak | menumis
1/2 biji bawang besar | dicincang
1 ulas bawang putih | dicincang
1/2 cawan pes tomato | dadu (saya guna tomato puri)
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan air
Sedikit serbuk oregano
Garam dan gula pasir secukupnya

Bahan sos keju:
20gm mentega
2 sudu besar tepung gandum
240gm susu segar kotak
50gm keju Mozarella atau keju Cheddar
Garam dan serbul lada sulah secukupnya

Cara membuat:
1.Inti:Tumis bawang besar dan bawang putih hingga berbau.Masukkan lobak merah dan kacau hingga lembut.Kemudian masukkan air,daging kisar,pes tomato dan sos cili.Masak hingga daging empuk.

2.Masukkan tomato, garam, gulapasir dan serbuk oregano.Biarkan mendidih perlahan-lahan selama 20 minit hingga kering airnya.Angkat dari api dan sejukkan.

Cara membuat sos keju:
1.Panaskan mentega hingga cair dan masukkan tepung gandum dan kacau rata.
2.Perlahankan api dan masukkan air susu.Kacau hingga adunan hingga menjadi agak pekat lalu masukkan keju.
3.Akhir sekali masukkan garam dan lada sulah secukupnya.Angkat dari api.

Cara menyusun lasagna:
1.Sediakan tin berukuran 8"x8".Boleh juga gunakan mangkuk tahan panas.Sapukan minyak disekeliling tin tersebut.
2.Susun lasagna dua keping.Letakkan inti dan tuangkan sos keju di atasnya.Taburkan keju Mozarella.
3.Panaskan ketuhar selama 15 minit pada suhu 180 darjah Celcius.Bakar lasagna dengan api atas dan bawah selama 45 minit- 1 jam.
4.Keluarkan dari ketuhar dan hidangkan.

 

Tengoklah lapisan lasagna tu, mewah dengan keju...kalau makan banyak-banyak memang boleh tangkap muak jugelah...So, makan sikit2 dan berulang adalah cara yang terbaik.





2 ulasan: