Salam ..Semoga sihat semua.Kek sarang semut ni lebih kepada jenis makanan tradisional.Biasanya warga emas macam nenek dan ibu2 kita lebih gemar makan kek ni berbanding kek2 moden yang tumbuh macam cendawan kebelakangan ni..Kita tinjau dulu eikk resepinya...
KEK SARANG SEMUT
Sumber:SAJI
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur ayam
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1 cawan air a cawan susu pekat
1 cawan mentega
2 sudu kecil serbuk soda bikarbonat
1 sudu kecil perisa vanila
CARA:
1-Masak gula pasir hingga kekuningan.Tuangkan air dan kacau rata untuk dijadikan gula hangus.Ketepikan.
2-Mentega diputar hingga lembut bersama susu dan esen vanila.
3-Pukul telur hingga kembang dan masukkan tepung dan serbuk soda bikarbonat.Kacau rata.
4-Akhir sekali masukkan mentega dan kacau rata.
5-Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar sehingga masak pada suhu 170 drjh celcius selama 45 minit.
Sedapnya, dah lama teringin nak buat kek ni, belum berkesempatan lagi....
BalasPadam