Assalamualaikum di pagi yang cerah ceria nie..
Macam biase, saya nak entri koleksi resepi2 yang lalu.Sebenarnya saya rasa tertarik dgn enaknya 'rasa' bingka roti buatan kak Ayu Jalinan Rasa (rakan fb) bulan puasa tempohari.Itulah yang membuatkan saya terpanggil untuk mencuba resepi ni.Tq ye kak Ayu n pemilik resepinya, sedapppp sangat kuih bingkanya nie....
BINGKA ROTI BERLAUK
Resepi: Chef Hanieliza
Sumber : Ayu Jalinan Rasa
Bahan Bingka:
1 buku kecil roti }10 -12 keping
800 ml santan @1/2 biji kelapa * sy guna susu UHT
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar butter} cairkan
3 biji telur
garam
Cara:
1- Roti dikoyakkan dan rendamkan dengan santan sehingga kembang.
2- Gaulkan semua bahan lain dengan roti yg telah direndam supaya sebati.
3- Masukkan dalam loyang 10 x 10 yg telah disapukan dgn minyak.
4-Bakar dalam oven 180 drjh C selama 30 minit.
5-Keluarkan loyang dan taburkan bahan berlauk dan bakar lagi selama 30 minit.
6- Bila telah masak taburkan bahan hiasan.
7- Potong dan dan hidangkan.
Bahan Lauk:
400 gm daging kisar - Sy guna daging ayam kisar
2 labu bawang besar }potong dadu
1 biji kentang } potong dadu kecil
1 batang carrot }potong dadu kecil
3 subu besar rempah kari
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
minyak
garam
Bahan Hiasan/hiriskan:
daun sup
daun bawang
cili merah
bawang goreng
Cara:
1- Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga layu dan wangi.
2- Masukkan daging kisar yg telah dicincang. Kacau rata.
3-Masukkan rempah kari dan kacau sehingga naik minyak.
4-Masukkan kentang, carrot, garam, sos cili & sos tomato. Kacau rata.
5-Masakkan sehingga kentang dan carrot lembut.
6-Bila telah masak masukkan dalam pinggan. (jangan ambil lebihan minyak)
Lembut dan lemaknya rasa roti bingka ni memang terserlah.Pekene pulak dengan inti berasaskan daging, memang sedap..lebih enak dari burger.Tapi saya pakai daging ayam kisar je..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan