Isnin, 6 April 2015

ASAM PEDAS IKAN TUNA


ASAM PEDAS IKAN TUNA

Bahan-bahan
500  gm ikan tuna
7 tangkai cili merah besar, buang biji, kisar
5 tangkai cili kering, kisar
5 ulas bawang merah, kisar
4 ulas bawang putih, kisar
3 cm kunyit hidup, kisar
2 batang serai, ketuk
5cm halia, ketuk
Pati asam jawa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam
Gula


Cara
1.Potong ikan dan cuci bersih.
2.Tumiskan bahan kisar, serai dan halia sehingga layu.
3.Masukkan air dan ikan, renehkan.Masukkan air asam jawa.Teruskan mereneh.
4.Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
5.Hidangkan setelah masak.


2 ulasan:

  1. Asam pedas dgn keluarga kakak ni Rohah tak boleh dipisahkah. Seminggu at least ada sekali asam pedas tak kiralah ikan ke ayam..

    BalasPadam
  2. Dapat hirup kuahnya mmg sedap ni.

    BalasPadam