Khamis, 29 Januari 2015

NASI AYAM n AYAM GORENG MADU LADA HITAM


Assalamualaikum
Nasi ayam yang sedap sentuhan dari FAZIAN...ni pun saya buat dah lama, ternanti-nanti untuk di kongsi kat sini..Masa tu, pandang je gambar nasi ayam Fazian, esoknya terus saya buat.Macam tu lah kalau dah jatuh hati...ke....SELERA yang dah tak terbendung..kikiiii.Serupa tapi macam x sama, entahlah...
Yang bestnya nasi ayam ni sebab guna beras Basmathi.Puasss hati makan...ayam pun menyerlah kepekatan rasa dan warnanya, memang terasa bila diratah..Apa lagi kan...tambah jangan tak tambah..

Jumpa laagi.... 
NASI AYAM n AYAM GORENG MADU LADA HITAM
Resepi;Fazian

Nasi Ayam
4 cawan beras basmathi, cuci dan toskan
6 cawan air [saya air rebusan ayam]
1 1/2 inci halia, hiris
1 labu bawang besar, hiris
7 ulas bawang putih, hiris
1/2 kiub pati ayam
Sedikit garam
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar butter
3 helai daun pandan
Sedikit pewarna kuning

Cara
1.Panaskan minyak dan butter.Tumis rempah 4 sekawan.Masukkan bawang, halia, daun pandan dan kiub ayam, tumis hingga bawang kekuningan.Tambahkan sedikit pewarna kuning.
2.MAsukkan beras dan gaul rata dengan rempah.Tambahkan air dan garam.Biarkan nasi masak sempurna.

AYAM GORENG MADU dan LADA HITAM
1 ekor ayam, cuci bersih dan toskan
2 inci halia, tumbuk
Sedikit sos tiram
Sedikit kicap pekat
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit madu
Sedikit garam

Cara
1.Perapkan ayam dengan semua bahandi atas lebih kurang 1 jam atau semalaman.
2.Panaskan minyak dan goreng hingga masak dan toskan.

SUP AYAM
Ayam cincang [saya tak letak]
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
1 inci halia
Rempah 4 sekawan
1/2 kiub pati ayam
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Daun sup atau daun bawang'
Sedikit lobak merah

Cara
1.Panaskan minyak,tumis rempah 4 sekawan, masukkan bawang, halia, kiub pati ayam sekali.
2.Masukkan ayam, tumis dan gaul rata.Masukkan juga lobak merah.Tambhakan air, biarkan mendidih.
3.Tabur dau8n sup dan bawang.

SOS CILI
6 biji cili merah, buang biji
3 biji cili Thai, [tak bubuh]
1 biji tomato, buang kulit
3 ulas bawang putih
Sedikit sos cili thai
Garam/gula, ikut kesesuaian

Cara
Blend kesemua bahan kecuali garam dan gula.Tambahkan gula/ garam dan masak sehingga pekat.

SAYUR/ ULAM
Daun salad
Tomato
Timun




Selasa, 27 Januari 2015

IKAN SIAKAP BAKAR

Assalamualaikum..
Alhamdulillah jumpa lagi...Tapi maaf, tak sempat lagi nak ronda2 dapur maya yang pastinya meriah dengan hidangan2 yang lazat.Saya cuba toleh belakang pelan2, membelek resepi2 yang lama dah dibuat, tapi tak terpost2 kat sini..

Berkongsi resepi ikan bakar yang simple ni, tapi cukup enak untuk di buat hidangan seisi keluarga.Bahannya cukup ringkas, rugi kalau tak mencuba..t/ kasih kepada Kak Hanilieza sebagai penyumbang resepi dan Neeja yang sudi panjangkan lagi..Ok lah, jumpa lagi nanti ye..

IKAN SIAKAP BAKAR
Resepi; Chef Hanilieza - Buku 365 Resepi Istimewa Chef Hanilieza
Sumber; Neeja

Bahan A
3 ekor ikan selar- saya guna seekor siakap
Sedikit minyak masak
Daun pisang

Bahan B [dikisar]
5 tangkai cili kering
1 batang serai
2 biji bawang merah
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam

Cara-cara
1.Bersih dan kelarkan ikan.Kemudian basuh dan toskan.
2.Gaulkan bahan yang dikisar pada ikan dan perapkan selama 20 minit.
3.Sapukan sedikit minyak pada permukaan ikan.
4.Letakkan ikan pada pemanggang [saya bakar guma oven, ikut suhu dan tempoh yang sesuai]
5.Bakar sehingga ikan masak sambil titiskan minyak pada ikan.
6.Angkat ikan dan hidangkan dengan air asam.


Rabu, 14 Januari 2015

DONUT LEMBUT

Assalamualaikum...
Donut Lembut sebagai pembuka bicara di tahun 2015...Lama sangat tuan rumah tak muncul...keadaan memang tak mengizinkan.Tapi jika muncul juga update2 yang terbaru selepas ini, kiranya rezeki tuan tanah dapat menyelinap disegenap ruang sempit yang sedang menyapa..

Terima kasih atas resepi yang dikongsikan oleh empunya resepi asal dan rakan2 yang telah mencubanya untuk dijadikan panduan..sedap donut ni, tak payah perap lama2..ok lah BYE BYE dulu..in sya Allah ada lah update2 terbaru selepas kuih donut ni la ye...Aameen..Rindu nak kunjung dapur rakan2 blogger semua.Ada rezeki saya kunjungI nanti..

DONUT LEMBUT
Resepi; HaSue
Sumber; Kak Yatie

Bahan-bahan [Untuk pelbagai Jenis Kuih-muih Yang Memerlukan Doh Yang Lembut]
500 gm tepung berprotein tinggi/ tepung roti [saya guna tepung gandum]
1 peket yis segera
50 gm marjerin/ butter
1 sudu makan [penuh] shortening [lelemak sayuran]
2 sudu makan [penuh] gula pasir
2 sudu makan susu pekat/ susu tepung [ikut citarasa]
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
Gula halus atau toping kegemaran anda
190ml-200ml air suam [bergantung pada kualiti tepunbg]

Cara-cara
1.Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam.Masukkan yis segera, gula pasir, susu marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
2.Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan.Masukkan pula telur yang dipukul sedikit dan juga garam.
3.Kacau adunan sehingga  sebati dan melekat pada sudu [bila dah sebati, dikacau satu arah je menggunakan sudu]
4.Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
5.Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat ditangan [sisa2 tepung kat dalam bekas tu semua bersih].Doh dah siap.
6.Doh tidak perlu direhatkan, [kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10 minit] boleh terus sahaja dicanai setebal 1/2 inci [agak2je].Boleh tambah sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini.Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda.Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan dengan api perlahan.Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng.
7.Setelah minyak agak panas [jangan terlalu panas, nanti donut gorengan pertama agak hangus] perlahankan sedikit api, masukkan donut tetapi jangan terlambau penuh sebab donut ini akan mengembang lagi ketika digoreng. [sebab adunan mengandungi telur]
8.Goreng sehingga kekuningan dan toskan.Sedia untuk dihidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.

note;
maaf sbb sblm ni silap letak gambar donut resepi yg lain,yg ni baru betul..aduhaii