Rabu, 23 Julai 2014

TART NENAS TERATAI


Assalamualaikum
Alhamdulillah...seronoknya dapat mencuba resepi tart yang sangat sedap ni.Tahun lepas dah aim resepi ni, tapi terbengkalai.Tahun ni baru tercapai hasrat di hati.Lebih-lebih lagi bila tengok pic tart Kak Ita, makin teruja nak membuatnya..

Walaupun tak secantik mana tart saya ni dipandang, namun keenakan rasa tart ni mengatasi segalanya..Sebiji demi sebiji masuk mulut.....belum menjelang raya tu, mahunya nanti tinggal balang jew..heheeee..TQ kepada penyumbang resepi asal, seterusnya Kak Anim dan Kak Ita yang sudi berkongsi resepinya.
Untuk jem tart ni, saya guna yang ready made je...huhuuu....tak rajin nak memarut.Tapi untuk resepi Jem Nenas Kak Anim, saya ada sertakan sekali di sini sebagai rujukan.

TART NENAS TERATAI
Sumber asal; Kak Anim
Sumber; Azlita

Bahan
4 oz butter/ 115 gm
4 oz minyak sapi/ 115 gm
1 biji telur gred B
1 lb tepung gandum/ 450 gm
Sedikit garam
Air sejuk

Cara
1.Pecahkan telur dalam bekas adunan.
2.Masukkan butter dan minyak sapi.
3.Gaul hingga sebati hanya menggunakan whisk.
4.Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
5.Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tart yang tebal.
6.Bakar pada suhu 170 C-180C selama 20-25 minit.

JEM NENAS
Oleh; Kak Anim

Bahan
10 biji nenas, disagat dan toskan airnya
3 kampit gula
Sedikit pewarna kuning

Cara
1.Kacau nenas dan gula.
2.Bila hampir kering masukkan pewarna kuning.
3.Kacau hingga kering dengan api yang perlahan.




6 ulasan:

  1. Cantiknya kuih tart Rohah.. nak makan pun rasa sayang tu ..

    BalasPadam
  2. Selamat hari raya aidilfitri
    Maaf zahir batin

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir Bathin.Cantik kuih tat Rohah.... mesti sedap.

    BalasPadam
  4. cantik, menarik, tertarik. rajin kak rohah buat

    BalasPadam