Khamis, 10 Julai 2014

SUP AYAM CENDAWAN PETIR

Assalamualaikum

Keenakan pada rasanya berbanding spesis cendawan2 lain memang tak dapat dinafikan..Agak luar biasa bila telah dinikmati.Kali ni masuk kali kedua  dapat makan cendawan petir ni, sebab susah nak dapat.Seangkatan juga dengan namanya yang agak unik.Dipanggil juga sebagai Kulat Tahun.Boleh baca info di SINI.
gambar; Google


Saya buatkan sup je, memang berselera dibuat hidangan ketika sahur.Cukup lembut isi cendawan ni, dan rasa segar bila dihirup kuah supnya walaupun penyediaannya cukup simple.
SUP AYAM CENDAWAN PETIR
Oleh;Rohah

Bahan-bahan
5 ketul bahagian ayam, potong kecil isinya
Beberapa ketul kaki ayam
Cendawan petir secukupnya
1 labu bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, hiris
Cili api secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit lada sulah
Daun sup
Minyak untuk menumis

Cara
1.Tumiskan bawang sehingga layu dan garing.Masukkan air dan renehkan.
2.Masukkan kaki ayam dan biarkan separa empuk, barulah dimasukkan hirisan isi ayam.
3.Tuangkan cendawan dan butiran cili api.Biarkan sehingga cendawan masak.
4.Perasakan dengan serbuk lada sulah, garam dan sedikit gula.
5.Hidangkan bersama hirisan daun sup.



7 ulasan:

  1. sy suka sup ayam cmni tambah plk ada cendawan.. mengancam sungguh sup itu..

    BalasPadam
  2. owalaaaa.... kok enak temen iki... emboh wes puluan taun orak ketemu jamur iki... mbiyen cili angger lepas udan petir ono laron memang wes cungurey ngambong jamur nang celah2 pokok nanas, nang ngisor pokok ... enak eh ora karuan loh, angger disop ngalahke roso ayam!

    BalasPadam
  3. memang sedap ni kak. tumis letak lada hitam sedap. cendawan semulajadi la katakan.lain rasanya dengan cendawan jual2 di pasaraya tu. benda jarang jumpa ^^

    BalasPadam
  4. Memang susah nak jumpa cendawan ni. Kami panggil Kulat Tahun atau cendawan busut.

    BalasPadam
  5. tak prnh mkn la kulat ni...
    hirup sup pns pns msa sahur mmg mmbutang le mata kn.hihi

    BalasPadam
  6. Assalam rohah
    Lama x dpt mkn cendawan ni
    Sedapp wat sup kan
    Akak paling suka kalu dpt kutip cendawan ni

    BalasPadam
  7. Bila tengah puasa ni tengok kaki ayam pun sedap hahahha .

    BalasPadam