Sabtu, 21 Jun 2014

BINGKA UBI KAYU

Assalamualaikum...
Flash back semula folder2 sedari awal tahun 2014...Belek satu persatu, jumpa gambar2 yang belum d N3kan..In sha Allah jika ada kelapangan dapatlah menyambung semula aktiviti di Damai Qalbu ni.

Sajian bingka ubi yang enak..cuma kadang2 malas sikit nak parut ubinya...bila rajin, inilah hasilnya, tak mengecewakan..Terima kasih penyumbang2 resepi.
BINGKA UBI KAYU
Resepi asal; Kak An

Bahan-bahan
4 cawan ubi kayu siap parut 
2 cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa
1 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning

Cara membuat
1.Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah C [api atas bawah].Masukkan semua bahan ke dalam loyang berukuran 7 inci x 7 inci atau 6inci x 6 inci [agak tebal].Gaul rata hingga gula hancur dan santan sekata.Ratakan.

2.Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling bawah.Bakar bingkang selama 1 jam hingga 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bengkang keperangan.Setelah masak, keluarkan dan sejukkan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang.

Khamis, 19 Jun 2014

LEMPENG PISANG

Assalamualaikum...
Rindu bertamu lagi di sini...jumpa lagi ye, alhamdulillah...Moga yang baik2 aje buat kawan2 maya semua.Dah lama tak menyusun N3, berdikit2lah juga nak ceriakan suasana yang dah lama suram agaknye..huhuu.

Lebih terpancar nostalgia apabila lempeng yang terhasil ni adalah santapan pagi buat arwah Bonda 2 bulan lebih yang lalu, sebelum kembalinya Bonda menemui PenciptaNya..inilah lempeng pisang permintaannya.Al Fatihah Bonda setiap kali hati ini terlintas mengingatimu...

Resepi sempoi asal menjadi, sebab memang dah lama sangat tak buat lempeng pisang ala kampung.Kerana mu almarhumah Bonda, lempeng pisang nostalgia ni menjelma..Rindunya pada mu Bonda....

Jumpa lagi di lain N3 ye ..
LEMPENG PISANG
Oleh; rohah

Bahan-bahan;
10 ulas pisang awak masak ranum
Tepung gandum secukupnya [anggaran 1 cawan]
Gula secukupnya
Sedikit garam
Sedikit air
Sedikit minyak untuk sapuan di kuali.

Cara;
1.Lenyek pisang bersama garam.
2.Masukkan gula secukupnya.Gaulkan.
3.Masukkan tepung gandum bersama air secukupnya.Gaul hingga sebati.
4.Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak masak, tebarkan bancuhan tepung dan masak sehingga kekuningan.

Rabu, 4 Jun 2014

AL FATIHAH BUAT MU BONDA


25 May 2014 bersamaan 25 Rejab 1435 H
Pemergiaannya sudah tercatat sejak azali lagi
Kerana janjinnya dengan yg Esa telah tiba
Kenangan bersama Bonda terlalu indah di waktu hayatnya masih ada
Kata-katanya, senyumannya, riak tawa dan sedihnya
Masih segar dalam ingatan
Sudah tiada belahan tangan Bonda yang akan kami cium selepas ini
Tiada lagi doa keramat mu untuk anak2 Bonda selepas ini
Yang ada cuma sisipan kenangan2 lalu yang membuatkan kami bertambah rindu

Kuat dan tabahnya Bonda menghadapi ujian yg Esa
Buat kami bertambah redha atas pemergian mu
Allah lebih mengasihimu
Allah lebih menyayangimu
Pastinya kami semua sentiasa merinduimu
Moga Bonda tenang bersama pengabdiannya
Al Fatihah buatmu Bonda Siti Asiah