Sabtu, 26 Oktober 2013

TALAPIA MASAK GULAI TEMPOYAK

Assalamualaikum..
Siaran tertunda...dah lama habis..heheeee.Suka sangat hirup kuahnya.Dulu pernah saya buat hidangan ni, tapi menggunakan ayam...Yang ni tukar pulak dengan ikan talapia...Tang kuah tu, meeeemang asyik nak hirup je..segerrrr deh..

TALAPIA MASAK GULAI TEMPOYAK
Adaptasi;AYAM MASAK GULAI TEMPOYAK
Resepi:majalah RASA

Bahan-bahan:
4 ekor talapia | potong 
15 biji cili padi | kisar (saya kurangkan)
2 biji bawang merah | kisar
2 1/2 cm kunyit hidup | kisar
3 batang serai | ketuk
3 sudu makan tempoyak
Garam kasar secukup rasa
2 tangkai daun kesum
750ml air/ secukupnya

Cara memasak:
1.Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama tempoyak.
2.Selepas itu masukkan air dan serai.Gaul sehingga rata di atas api sederhana sehingga mendidih.
3.Masukkan ikan, daun kesum dan garam secukup rasa.
4.Masak sehingga mendidih dan pekat.Angkat dan sedia dihidangkan.

7 ulasan:

  1. Manakan boleh mel cari tempoyak di sini?Kena tunggu balik semenanjung baru leh buat resepi2 gini..uhuu

    Sedapnya...

    BalasPadam
  2. hidop tempoyak!!!!
    sy pon hantu tempoyak..siap hirup2 lagi...kalo stail perak..selalunya boh timun...

    BalasPadam
  3. sedapnya bau tempoyak kak...aromanya...mmbangkitkan...!

    BalasPadam
  4. dah habis ke kak?baru nak datang rmh akak bawa sepinggan nasi..hikhik..

    BalasPadam
  5. mmng sedap ni, kak ruby pun suka tempoyak gak.......

    BalasPadam
  6. konon2 ada simpan sikit durian dlm peti sejuk...jadi tempoyak kot

    BalasPadam
  7. Ikan masak tempoyak gini mmg sedap sangat dan antara hidangan yg x boleh nak tolak.Mmm...bertambah2 nasi di buatnya.

    BalasPadam