Assalamualaikum..
Padat, tetapi lembut dan sedap...Benarlah sebagaimana yang diperkatakan oleh Kak Amie tentang Kek Pisang Mentega Kacang yang diolahkannya dari pisang tanduk..Memang tak pernah dengar orang buat kek menggunakan pisang tanduk, sehinggalah saya terbaca N3nya sebelum ni di Amie Little Kitchen..
Cepat2 saya pasang niat nak buat sebab saya ada tanam pokok pisang tanduk gamaknya..ki2.Kiranya sebagai persediaan awal jika ada stock pisang tanduk yang masak ranum dan sesuai untuk dijadikan kek tersebut, bolehlah sy terus pick up resepi kak Amie ni.
''Kak Amie................inilah hasilnya''.Lama saya perap gambar ni..Kalau tak silap time bulan puasa ari tu saya buat kek ni..Terlampau rajin kan saya, simpan lama2 jd koleksi..hehee..
Untuk butter tu saya guna sapuan mentega kacang yang berperisa coklat..Sebab tu warnanya jadi reduuuup je mata memandang..heheee.Tak cerahlah kan...Yang penting sedap..lemak2 gitu..Jadi lepas ni tak usah teragak-agak nak mengadapatasikan pisang tanduk dalam kek kita..SeDAAP.. Tq atas resepinya kak.
KEK PISANG MENTEGA KACANG/PEANUT BUTTER
Olahan; Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan;
2.5 cawan tepung gandum [2 1/2 cawan]
400 gm pisang masak ranum [sebaiknya pisang berangan]
4 sudu makan mentega kacang halus/peanut butter [saya guna sapuan peanut butter perisa coklat]
3/4 cawan gula perang
1 cawan minyak canola [minyak jagung/ minyak kelapa sawit/ mentega cair]
4 biji telur
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh esen pisang [saya tak letak]
Secubit garam
Cara;
1.Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat.Ketepikan.
2.Pukul telur hingga berbuih menggunakan mixer.
3.Masukkan gula dan pukul lagi hingga gula kembang.
4.Masukkan mentega kacang halus dan pukul lagi.
5.Masukkan garam, esen pisang dan pisang lecek.
6.Masukkan tepung dan pukul lagi hingga sebati.
7.Tutup mixer dan masukkan minyak.Gaul bersama adunan menggunakan spatula hingga sebati.
8.Tuang adunan ke dalam tin pembakar yang sesuai.
9.Bakar dengan api sederrhana 180 darjah' C selama 40 minit atau sehingga masak.Dan seperti kebiasaannya sekiranya ingin mengetahui sama ada kek sudah masak atau sebaliknya, cucuk gunakan lidi sate.Jika lidi anda licin bermakna kek sudah masak dan boleh padamkan api.Jika lidi sate masih tersalut adunan bermakna anda perlu membakarnya lagi sehingga benar-benar masak.
Salam kak rohah. first time tun dgr pisang tanduk jadi kek la.. selama ni mmg xtau nk msk apa kalau ada org kasi pisang tanduk.
BalasPadamSalam kak Rohah.. mmmm sedap n wangi baunyer tuh... wangi pisang n peanutbuter tuh.. nak list gak resepi neh he he he SK suker kek pisang neh.. insyaallah Amin...
BalasPadamPisang tanduk biasa goreng sedap hehe, dasat lah resepi ni tgh bayangkan mcmana rasa dia
BalasPadamHe heheh... terus ingatanku kembali ke bulan Mei lepas... bawa terbang naik Air Asia pisang tanduk & keladi dari kampung, lebih 3 kg kena bayar RM105... tu pasal kubuat resepi istimewa sempena peristiwa 'pisang paling' mahal di dunia tu. Sedapkan Rohah... padat tapi lembut! Tq sudi cuba.
BalasPadamAkak ingat nak buat kek pisang juga. Tengoklah kalau mood rajin nanti.
BalasPadamAssalam kak rohah. Semalam beli pisang tanduk, bolehla try nanti kot2 bosan asyik digoreng je. Kalau ada kek pisang camni, memang cepat habis. Suka lerr sesangat
BalasPadamsalam
BalasPadamnpk gebu dan moist kek pisang kak rohah ni..
Wahhh rohah.... Yummmyynyer kek tu...
BalasPadammenariknya kek pisang peanut butter ni..
BalasPadam