Assalamualaikum..
Kiranya sudah menjadi kebiasaan juga saya memasak asam pedas menggunakan daun limau purut sepertimana yang selalu bonda saya buat.Harumannya cukup memukau.
Terpikat saya dengan N3 Asam Pedas Ayam-JOHOR Erma tempohari..lantas ingin mengadaptasikannya dengan stock ikan pari yang ada dalam esbox saya masa tu.Suka tengok kuahnya yang pekat..tapi time masak ni sengaja saya tambahkan kuahnya untuk dihirup2..Keterujaannya yang paling ketara sebab nak rasa asam pedas yang dicampurkannya dengan lada hitam..memang betul2 sedap rupanya..TQ Erma, mahu dibuat lagi rasanya..
ASAM PEDAS IKAN PARI ala JOHOR
Resepi asal; ASAM PEDAS AYAM-JOHOR
Oleh;Erma
Bahan-bahan;
800 gm ikan pari [resepi asal; 1/2 kg ayam]
2 biji tomato, potong 4
3 tangkai daun limau purut
3 batang serai
Bahan tumis;
7-8 sudu besar cili kisar [ikut kepedasan]
7 biji bawang merah'
3 ulas bawang putih'
1 inci halia'
1 inci lengkuas'
1 inci kunyit hidup'
1sudu lada hitam', tumbuk halus [saya guna 1 sk]
1-2 cawan air asam jawa [saya lebihkan air]
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara;
1.Kisar semua bahan bertanda ['] sehingga terbit minyak.
2.Kemudian masukkan serai, terus menumis sehingga bahan sebati masak.
3.Masukkan ikan, tutup sebentar sehingg ikan empuk dan sebati.
4.Masukkan air asam jawa.
5.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6.Akhir sekali masukkan daun limau purut dan buah tomato.Biarkan seketika.
7.Sedia dihidangkan.
asam pedas mmg sedap...tak kira Johor @ Melaka. Cukup asam & pedas yg seimbang sedaplah dia. sy pon baru berjinak2 nak masak lauk...
BalasPadamselalu dah masak asam pedas letak lada hitam..macam ada rasa 'zest' di situ..satu lagi resepi yang boleh simpan untuk rujukan lain kali. tang kuah pekat nak dihirup tu yang memanggil2 nanti suh buat..hehe
BalasPadamsedapnya masak asam pedas..dah lama x makan ikan pari..
BalasPadamsedap hingga menjilat sudu..hehehe..ngancam
BalasPadamSedapnya
BalasPadamBiasa buat asam pedas tak letak limau purut dgn serai, nak try lah nanti
alahai sdpnye asam pedas ni..blogwalking,jemput follow blog saya ye...http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/
BalasPadamAslmkum Roha
BalasPadamasam pedas...memikat selera. boleh cuba resepi Roha nanti...
Sedapnya kak. Saya nk cuba ni
BalasPadamKlu masak asam pedas, sy pun suka letak daun purut.. Baunya sungguh menyelerakan.
BalasPadameeee.ta sbar nak masak asam pedas taruk lada hitam.msti sdap smpai mnjilat hidung masing2 yg mkn .tmasuk sye .hehe
BalasPadamsaya x taruk daun limau tp taruk daun kesum.. :-)
BalasPadam