Rabu, 18 September 2013

SUP CENDAWAN [MUSHROOM SOUP]


Assalamualaikum..
Sesekali hirup sup omputih ni sedap jugakkan..Beli je roti panjang yang dah siap tu dan sapukan mentega bawang putih.Kalau rajin, buat je sendiri mentega tu, sekejap je siap.Saya biasa guna resepi ni, memang sedap dan menjimatkan.Boleh lihat kat sini untuk resepi mentega bawang putih tu.Terselit juga kat situ resepi Mushroom Soup dengan versi yang sedikit berbeza dari resepi kali ini..beza sikit je...
Kali ni saya try resepi Mushroom Soup yang menggunakan ubi kentang sebagai bahan asasnya..Lebih pekat dan lemak..TQ buat Ustazah Norlida dan Khai yang sudi berkongsi resepi. 

SUP CENDAWAN [MUSHROOM SOUP]
Resepi; Norlida
Sumber; Khai

Bahan-bahan;
6-7 biji cendawan [cincang]
4 biji kentang  [rebus dan blend hingga halus]
1 tin evaporated milk/susu cair
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 labu bawang besar kuning/ holland
Sedikit garam
1 kiub ayam
Isi ayam [cincang halus]

Cara memasak;
Satukan semua bahan dalam periuk, masak dengan mengacaunya perlahan-lahan dengan api sederhana sahaja.

13 ulasan:

  1. bagai dicita ulam mendatang entri kak rohah ni..kuar shopping ritu memang rasa nk buat mushroom soup, bolehlah copy resepi ni..hihi

    BalasPadam
  2. sedap kan rohah.. kegemaran anak2 akak ni.. akak pun baru je buat minggu lepas sbb anakanda kat asrama pun ada.. sampai 2 kali buat sbb anak2 tak cukup.. hehe..

    BalasPadam
  3. kak SHA ,saya biasa guna cndawan yg dalam tin...tp yg ni sy guna cendawan butang yg fresh...

    BalasPadam
  4. assalam Rohah
    anak2 akak memaang feberet diorg ni
    kena dgn garlic bread fuhhh
    memang best layan
    ooo baru akak tau resepinya he hee tqqqq Rohah aakk cp ye

    BalasPadam
  5. Salam kak rohah.. antara mknn feveret tun nih.. mmg suka mkn mushroon soup, pastu cicah ngan garlic bread. wat sendiri blh mkn byk2. kalau beli kat pizza hut tu, alahai, mahal dan sikit.

    BalasPadam
  6. sedapnye... western soup haaa... sihat, dan berkhasiat... terbaek dari ladang

    BalasPadam
  7. enak temenan... roti halia karo sop jamor...mmmm mesti arek mangan roti berkeping2 ini, sop pulak gawe sak kendel gedi, ben vareq!

    BalasPadam
  8. Nampak sedap sangat. Boleh cuba tryy untuk minum2 petang nie. Oh ye nanti kalau ada masa singgah2 lah blog saya.
    http://www.mamafisya.com/

    BalasPadam
  9. kak rohah tenkiu untuk resepi,insyaAllah nak cuba buat, bila da buat nak post kat blog juga.. ;)

    BalasPadam
  10. Resipi di atas utk brape org makan ye kak?

    BalasPadam