Rabu, 4 September 2013

BISKUT COKLAT CHIPS RANGUP

Assalamualaikum..
Biskut dah habis, baru nak keluar N3..Takpe la kot kan..Saya suka makan biskut ni, kalah kanak-kanak riang..Ramai blogger yang dah try resepi Chef ni, nampak mudah je bahan-bahannya, tu yang tak ketinggalan mencuba juga..Rangup hasilnya, alhamdulillah..Mekasih atas perkongsian resepi ni Kak Hanieliza..Mekasih gak utk Kak Norzie atas sumbernya..

BISKUT COKLAT CHIPS RANGUP
Sumber;Norzie hany

Bahan A;
125 gm butter
125 gm marjerin
1 sudu besar shortening
160 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 sk esen vanila

Bahan B [gaul rata];
230 tepung gandum
20 gm serbuk koko [ayakkan]
100 gm coklat chips
50 gm white coklat chip [boleh gantikan dengan coklat rice]
50 gm badam cincang [roasted]
50 gm nestum

Cara;
1.Gaulkan butter, marjerin, shortening dan gula sehingga sebati.
2.Masukkan kuning telur dan esen vanila.Kacau rata.
3.Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.[saya tambahkan kauntiti tepung secukupnya kerana adunan masih lembik]
4.Sudukan adunan kecil-kecil [besar guli] dalam loyang.
5.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6.Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

5 ulasan:

  1. ada lg tak? bole le sggh jap lagi...tuko ngan tat nenas...muhahahah

    BalasPadam
  2. Salam...masuk dalam listing dulu nih utk cuba nanti. Sedap nmpk cookies ni. Anak-anak mesti suka. Thanks 4 sharing ^_^

    BalasPadam
  3. Oh sedapnya

    Raya tahun ni tak buat pun choc chip tak sempat

    BalasPadam