Assalamualaikum
Teringat saya masa kecik2 dulu, bonda memang suka buat kuih ni untuk anak-anaknya.Masa tu saya pun sibuk juga nak masukkan inti dan menggentel..Kebanyakan kuih yang bonda buat, selalunya akan habis.Masa tu bukan lebih menjurus kepada kesedapan air tangan bonda, tapi disebabkan kami sedang naik membesar ,bak kata orang; tengah berselera makan sebab nak membesar. Bila diimbas kembali cerita2 lama, hujah bonda sekarang; sebagai ibu beliau merasa seronok ketika itu kerana puas dengan hasil air tangannya yang habis dimakan oleh anak-anaknya.Macam tu jugalah perasaan kita kan bila anak2 suka makan dengan apa yang kita buat.Tapi pendapat saya, anak2 zaman sekarang kuat memilih berbanding zaman kita kanak2 dulu..
Terbuatnya onde2 ni sebab nak habiskan stock labu, pada masa yang sama sebab teringin makan onde2, sebab dah lama tak sua kuih ni kot..kebetulannya juga kuih ni merupakan pebret bujang sulong saya..dapatlah 20 biji untuk hidangan minum petang ketika itu.
ONDE-ONDE LABU
Oleh;rohah
Bahan-bahan;
1 cawan labu - lenyek halus
2 cawan tepung pulut
1/2 sudu kecil garam -lenyek bersama labu
Inti;
Gula merah atau gula melaka secukupnya
Bahan lain;
Kelapa parut
Garam halus
Cara;
1.Satukan labu yang dilenyek tadi bersama tepung pulut.Gaul rata hingga sebati.
2.Bulat-bulatkan adunan, leperkan dan masukkan gula merah/ gula melaka.Tutup semula dan gentel membulat.
3.Didihkan air dalam periuk dengan api sederhana besar.Masukkan adunan yang telah siap digentel tadi ke dalam periuk dan celur sehingga butiran kuih timbul di permukaan air didihan.
4.Angkat dan toskan.
5.Guling-gulingkan ke atas kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam.
6.Hidangkan.
salam kak rohah..
BalasPadambagus juga idea buat onde2 labu ni..lain dari biasanya..
peberet saya ni.tp buat sdiri tak penah.sedapnya
BalasPadamBocah2 saiki wes kakeyen pilihan panganan yo Rohah... mbiyen kito gor iso ketemu ubi keladi, keledek.. saiki macem2 eneng...
BalasPadamSedapnya terasa lemak2 liat manis masin semualah
BalasPadammemang sedap...
BalasPadamtambah pulak dengan bau labu yg harum tu...
lg berselera...
Sukex3....nk sepiring blh...hehe...
BalasPadamassalam Rohah
BalasPadambila kenangkan zaman dulu2 rasa mcm nk kembali je kan seronok ,semuanya masih tergiang2 he heee
anak bujang sy tu suka apapun buah melaka @ ondeh2 ni mcm mama dia jg he hee
sedap onde2 labu ni, letak keledek pun sedap...kalau onde2 ijau tu je akak tak suka sngt....kalau mcm ni suka sngt...maunya berketol2 akak makan...
BalasPadamSedapnya onde onde labu...teringin la
BalasPadamKegemaran saya juga Onde-onde ni Rohah... dapat pulak resepi baru dari Rohah Onde-Onde Labu... nak kena cuba buat ni :D
BalasPadamouii...tertelan dah ayak liur ni..
BalasPadamAslmkum Roha
BalasPadamkalau onde2 labu...keledek...mmg sedap..akkpun suka.
baca kisah di bawah...moga Rohah sabar menempuh ujian keguguran ini...InsyaAllah ada rezki satu hari nanti.