Isnin, 4 Mac 2013

SPAGHETTI BOLOGNESE


Assalamualaikum..
Teriknya cuaca hari ini, apapun alhamdulillah atas nikmat yang Allah beri, mudah-mudahan tidak membawa  mudharat buat kita.Amin.
Lama sudah tak masak spaghetti, last dapat makan sebelum ni ialah pada raya puasa tahun lepas.Itupun makan time open house di rumah rakan.Bila nak masak spaghetti ni biasanya berkira2, sebab saya seorang je yang terlebih suka.

2 minggu lepas teringin sangat nak makan bende ni walaupun dalam kotak fikiran berkira2, sama ada nak buat untuk saiz hidangan saya seorang atau satu keluarga..Tetapi dalam hati ni berkeras juga nak masak untuk saiz hidangan satu family, kiranya; 'makan atau tak nak makan..terpaksalah mereka jamah juga..'.gagah saya masak juga untuk hidangan sefamily..Tunggu je lah respon hubby & anak2 yang sememangnya kurang gemar makan spaghetti ni..

Saya hanya perhatikan.Hairan juga petang tu bila anak sulung saya menjamah tanpa bicara "tak suka" seperti sebelum2 ni bila saya masak spaghetti.Makin menambah, laagi ada!..Selepas menyaksikan perlakuannya baru saya meluahkan rasa hairan dan sedikit teruja.."Aikk!!, bukan main lagi menambah pulak?.Kata, tak suka!!.Itulah teguran cepu emas saya.Dia tersenyum sambil berkata, "sedap pulak"..
Rupanya situasi yang sama juga berlaku pada en. hubby yang menjamah spaghetti pada malamnya pula..'Makan menambah'!!..
Alhamdulillah...maknanya lepas ni bolehlah saya masak spaghetti kerap kali...
Maybe penangan resepi kuah Amir Said yang menepati citarasa mereka..Wahhh..tq untuk resepi ni Amir Said..Bikin hati ni jadi senang riang bila insan2 tersayang dah boleh terima dengan resepi Mat Saleh ni..heheee..

SPAGHETTI BOLOGNESE
Resepi:Amir Said

Bahan-bahan: (5-6 orang)
1 paket spagetti 
500gm daging cincang
250gm tomato puri
250gm sos tomato
6 ulas bawang merah | cincang
2 ulas bawang putih | cincang
2 biji tomato | hiris nipis (saya potong dadu)
1/2 biji lobak merah | potong dadu
3-4 biji cendawan butang | potong dadu
1 cawan air (saya tambah)
1 senduk susu segar
1 kiub stok daging lembu (optional)
Oregano atau Italian herbs
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara:
1.Untuk spaghetti, rebus dalam periuk besar, tambah sedikit garam.Angkat bila spaghetti sudah lembut dan kemudian toskan.
2.Untuk sos bolognese, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
3.Kemudian masukkan daging cincang.Goreng hingga warna daging keperangan.
4.Masukkan tomato, lobak merah dan cendawan butang.Goreng sehingga sayur lembut.
5.Masukkan tomato puri, sos tomato, air dan susu.Kacau hingga sekata.
6.Masukkan oregano/ italian herbs dan stok daging lembu.(optional)
7.Kalau tak cukup masin, tambahkan garam.
8.Biar sehingga mendidih kemudian masak hingga api perlahan sehingga kuah menjadi pekat.
9.Siap untuk dihidangkan.


43 ulasan:

  1. Emm sedapnya.. dah lama tak makan ni..

    BalasPadam
  2. Enak temen.... aku belajar nggawe kuah spaghetti seko kakakku seng rajin lungo mareng luar negara...mulo2 orak doyan, suwi2 kok enak rasaney...

    BalasPadam
  3. wuiyooo..gambar yg terang lg cantik tu , bikin lapor la..nyamm..nyamm.

    BalasPadam
  4. as-salam
    looks so yummy! total comfort food...

    BalasPadam
  5. Kegemaran ank2 kite ni...mmg laju kalau buat speggti ni..:-)

    BalasPadam
  6. sedap nya.. Melly suka sangat tapi anak anak ngga suka,mungkin mau coba buat lagi yah sapa tau anak anak dah suka.. ;)

    BalasPadam
  7. Lama x buat spagetti ni....kat umh sy ni kak....anak2 pnya peberet nie....klau msak...mmg selalu abis...:-)L

    BalasPadam
  8. Sedapnyaa kak rohah.. terliur tengok.. nak cubalah .. tengok resepi kak rohah ni mudah ajer :D

    BalasPadam
  9. mmg sedap nie rohah..klu dh mula mmg x leh brenti nie:)

    BalasPadam
  10. Sedapnya.. nak try laa.. cuma ade kemusykilan ttg Italian herbs tu. Herbs tu dalam 1 botol ke ape? Lg 1brapa banyak nak masukkan oregano dan Italian herbs tuk 1 peket speghetti tu? Kalau tak masukkan oregano dan herbs tu effects rasa sgt tak?

    BalasPadam
  11. Hehe thanks for the resepi...hehe tgh brdbar2 mnunggu anak balik sekolah untuk diorg mnikmati hidangan western nih...brdbar mnnti cmmnt dari mulut2 comey diorg...huhu

    BalasPadam
  12. Thanks kak share resepi ni .. 1 family habis makan .. Hehe ..

    BalasPadam
  13. Sedapnye.. Terima kasih atas perkongsian resepi ni.. Jemput ke blog sayahl http://mommatwinz.blogspot.com

    BalasPadam
  14. Wah gambar die yang cantik tu membuatkan spaghetti nie nampak sedap Dan menyelerakan... saya nah Cuba!!!
    www.mnmforlife.blogspot.com

    BalasPadam
  15. Nk tnye klu susu 2 di tkrkn kpd tpung jgung bleh x?

    BalasPadam
  16. Nk tnye klu susu 2 di tkrkn kpd tpung jgung bleh x?

    BalasPadam
  17. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  18. mantap dan menggugah selera...patut di coba resepnya

    BalasPadam
  19. Nice resipi..
    Bru je lps buat nak bg budak2 tmpt keje(nandos) rase.. hehe..
    Terbaikk ^-^

    BalasPadam
  20. Dah try...sedap sgt2

    BalasPadam
  21. nak cubalah.. nampak menarik. terima kasih bagi resepi.

    BalasPadam
  22. Dah cuba dah..alhamdulillah mmg sedap..kawan pun puji.. terima kasihh

    BalasPadam
  23. Dah cuba...family suka sangat..tqvm

    BalasPadam
  24. sedap nya.. Melly suka sangat tapi anak anak ngga suka,mungkin mau coba buat lagi yah sapa tau anak anak dah suka.. ;)
    resepi klik
    klik disini
    berikutnya
    selanjutnya

    BalasPadam
  25. Baru ni buat spageti ni, masak simple je letak sosej sebab tak beli bahan. Haha, tapi suka jugak rasanya..sedap :)

    BalasPadam
  26. This is very nice one and gives indepth information. Thanks for this nice article.
    Cytotec
    Obat Cytotec
    Obat Cytotec Asli

    BalasPadam
  27. Thank you very much for sharing information that will be much helpful for making coursework my effective.

    BalasPadam