Ahad, 17 Mac 2013

PISANG MUDA MASAK LEMAK

Assalamulaikum...
Selamat berhujung minggu..
Sudahkah rakan semua berkira2 tentang menu apa yang hendak dimasak tengahari ini? Buntu???..harap2 tidak begitulah ye..Jika yang terluang tu mesti dah ada plan yang bagus untuk menu dihujung minggu kan..
Hari ni kembali bersiaran dengan Pisang Muda Masak Lemak..Alhamdulillah dapat menjamah pisang hasil tanaman di tanah rizab kawasan perumahan ni..Tak sangka pisang yang ditanam kiranya cepat berbuah..Mungkin disebabkan faktor tanah yang sangat subur, sebab time korek tanah untuk menanam anak 2 pokok pisang bulan Mei tahun lepas, banyak cacing yang terungkai dek terkena mata cangkul.Bulan Oktober buah pisang dah mula berputik dan awal Mac dah boleh dinikmati hasilnya..alhamdulillah.
Inilah antara menu yang dapat saya buat dari pisang tanduk ni..Masak 1 sisir sahaja dah banyak satu periuk, memang tak habis dimakan satu keluarga, boleh beri pada jiran...O.klah, resepi mudah boleh lintas langsung di bawah ye..


PISANG MUDA MASAK LEMAK
oleh:rohah

Bahan-bahan:
1 sisir pisang tanduk muda | siat kulit & dihiris
1 liter santan
4 ulas bawang merah | kisar
1 ulas bawang putih | kisar
1 inci kunyit hidup | kisar
5 tangkai cili padi | kisar
Sedikit udang kering | kisar
1/2 biji kiub bilis knorr
Garam
Gula
Minyak masak

Cara:
1.Sediakan air yang dibubuh sedikit garam dalam besen kecil.
2.Basuh pisang.Siat nipis kulit pisang dan potong  ikut kesesuaian masing2.Masukkan dalam besen yang berisi air campuran garam agar pisang tidak nampak terlalu lebam.
3.Didihkan air dalam periuk, dan celurkan pisang sekejap agar cepat empuk apabila dimasak. (jangan terlalu lama).Toskan.
4.Tumiskan bahan kisar dengan sedikit minyak hingga beraroma.
5.Masukkan santan dan kiub ikan bilis.Kacau hingga mereneh barulah dimasukkan pisang.
6.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Apabila pisang benar2 empuk, matikan api.

9 ulasan:

  1. 1st time ni kak tgk pisang tanduk msak lemak..
    sedap ni mkn dgn nasi panas....lauk lainnya ikan masin....mmg best lah....!

    BalasPadam
  2. Terima kasih Kak Rohah atas ucapan..
    Sedap tengok menu akak ni.. Tapi Nur first time tengok orang masak lemak guna pisang tanduk..

    BalasPadam
  3. Masak lemak pisang mkn ngan ikan pekasam grg n sambal belacan mesti best. .

    BalasPadam
  4. Memang subur betul tanah rizab tu Rohah.... tak sampai setahun dah boleh tuai hasil.... enak eh mangan karo sego panans tengahari gini Rohah, meneh angger ono gereh karo sambel totok...

    BalasPadam
  5. sedapppppp pisang muda masak cam gini terliur akak tengok lah rohah..

    BalasPadam
  6. tak pernah makan pisang muda ni..nampak sedap..bleh masuk list ni...

    BalasPadam
  7. Dah dekat dua puluh tahun saya tak makan pisang masak lemak....teringin la

    BalasPadam
  8. wahh.. ini lagilah... feberet!! tp sy belum pernah masak guna pisang tanduk sebelum ni.. biasa guna pisang putar (pisang masam), pisang emas & pisang 40 hari je... hishh.. terliur sungguh ni...

    BalasPadam
  9. I KNOW U THINK U'RE FAT

    BalasPadam